Friday 18 February 2011

Game Manager Part 1....




kali ini aku nak menceritakan mengenai game manager.....kalau sebelum ini post2 semua berkaitan dunia bola sepak..kali ini kita review dunia bola sepak maya@virtual plak. Anda pernah bermain game manager?...aku boleh dikatakan sgt addict dgn game ni. cuma kesibukan bekerja akhir2 ni membataskan aku nak main game ini. mula bermain game manager semasa zaman study di kolej dahulu bersama2 rakan yg sekepala. boleh dikatakan game2 manager ni macam fenomena luarbiasa la dlm hidup aku...dah mcm fenomena akademi fantasia melanda dunia hiburan malaysia gitu. sehingga sanggup berebut blk awal ke rumah sewa untuk berebut komputer semata2 nk main game ni. terdetik nk main game ni apabila mendengar perbualan 2 org member aku bercerita pasal Gabriel Batistuta masuk Inter Milan?..haish bile plak Batistuta masuk inter..setau aku die main dgn As Roma...jenuhla aku cari paper kot2 ade cerita perpindahan Batistuta ini..rupe2nya semua itu hanyalah dlm game manager. Game manager yg paling lama aku main ialah Champions Manager season 2000/2001


ini la game plg lama aku main dan boleh dikiranya sgt memberi impak kepada aku dan member2. bagi game utk season ini masih tidak ada nama2 besar seperti Messi, Cristiano Ronaldo atau pun Fernando Torres. ketika ini nama2 besar antaranya ialah Henry, Del Piero, Nedved, Ronaldo Gemok, dan juga Ruud Van Nistelroy.ketika ini juga terdapat nama2 yg tidak begitu familiar tetapi sgt power dan berbaloi utk dibeli seperti player2 sweden, antaranya ialah Stefan Selakovic dan Teddy Lucic, Arjen Robben, Mateja Kezman(player bermuka mcm x-gitaris limp bizkit:monkeys) dan ramai lg.pelbagai kenangan manis,kelakor,pelik,bingung dan mcm2 lagila sepanjang penglibatan aku dan rakan2 bermain game ini. antaranya ialah:

* memberku bernama cha-are yg ketika itu sdg mengendali pasukan Perugia di dalam liga Seria A Italy mengalami krisis dgn Luca Saudati yg mahu berhijrah ke kelab lain. akhirnya setelah tidak dpt menghalang Saudati dr berpindah kelab, memberku ini menukarkan nama Saudati di bhgn 'edit name' kepada 'si curang' sbgi tanda kekecewaannya. namun selepas beberapa musim selepas itu berlaku satu kejadian yg tak diduga. ketika menentang satu pasukan di dalam Seria A...pintu gol pasukan member aku ni di bolosi oleh seorang striker yg agak pelik namanya lalu menjerit...'HOIH...SPE SI CURANG NI...?'...hehe bende ko yg tukar nama tu tak ingat ke.rupa2nya si Saudati ni dh bertukar kelab.

*memberku si cha-are ni sekali lg mengalami krisis perpindahan pemain semasa mengendalikan Bayern Leverkusen(nmpk sgt ko ni tak reti jaga player...huhu). kali ini kes dgn Michael Ballack yg bakal berpindah ke Real Madrid melalui bosman rolling(fasa perpindahan permain secara percuma dlm tempoh 6 bulan terakhir baki kontrak seseorang player dgn sesebuah kelab). member aku ni mencuba satu teknik gila bg menghalang perpindahan ini dgn menyenaraikan Ballack dlm semua game yg dilalui wlpn ketika itu Ballack masih cedera. sehingga satu tahap condition Ballack hanya tinggal 30% sahaja pun masih diturunkan. hasilnya Ballack injured 6 bulan dan perpindahan ke Real Madrid pun gagal kerana Ballack fail medical test. hahaha gile terdesak ko ni cha-are..haha

*memberku bernama ben soffian@hisham soffian yg ketika itu mengendalikan Barcelona amat bengang dgn pasukannya kerana tidak mengikut strategi yg diaturkan...(gile emo ko ni...haha). dek kerana tidak dpt mengawal marah maka memberku ini menerapkan satu formasi gila tak penah dibuat org iaitu 5-5-1. formasi ini menerapkan tektik yg mana dibahagian tengah langsung tiada player.semua player diletakkan diatas garisan out.so secara logiknya dibhgn tengah terus kosong dan yg tinggal hanya keeper sahaja.yg lain2 tidak dpt bergerak kerana di'kaku'kan di atas garisan out.maka hasilnya terus kene titik 11-0 seraya melihat aku dan berkata...PUAS HATI AKU....HAHA(psycho gile ko ni sham)

*rakanku bernama lokman@alok yg sgt mempunyai semangat kenegaraan yg tinggi sanggup mengambil risiko membeli Norhafiz Zamani Misbah dr Negeri Sembilan utk mengisi kekosongan bek kanan Inter Milan( mmg agak pelik  tindakan ko ni alok). maka hasilnya setiap kali Inter Milan bolos..gol2 adalah berpunca dr bahagian kanan...haha..tu pun boleh buat muka yakin seraya berkata 'PEMBELIAN AKU NI BERBALOI'.

*Member aku lokman@alok memecah rekod perpindahan pemain yg aku rasa smpi ke saat ini masih tidak dpt dipecahkan oleh mana2 rakan2 aku termasuk aku sekali. Alok berjaya menjual Patrick Viera yg dibeli dr Arsenal sblm itu kepada Real Madrid dgn rekod perpindahan saga GBP 96 Juta. Ketika ini Alok sedang mengendalikan pasukan Inter Milan.Hasilnya dgn jumlah kekayaan yg melimpah ruah itu alok berjaya membawa bintang2 dunia menyertai Inter Milan.Bayangkan Ronaldinho tu hanya mampu menjadi simpanan tetap@ pasukan kedua Inter Milan sahaja.

*aku juga menjumpai teknik yg agak tricky dlm menjadikan dana pembelian pemain lebih besar. senang sahaja caranya iaitu..pergi ke bhgn add manager dan anda apply menjadi 2nd manager pada satu masa. hasilnya aku jadi manager Arsenal dan Valencia pada satu masa. kemudian aku letak Juichi Inamoto dlm transfer list dgn harga GBP 22 Juta dan kemudiannya 'klik' ke manager Valencia dan terus membeli Juichi Inamoto. Agak2 logik ke Juichi Inamoto value smpi GBP 22 Juta?

* Memberku lokman@alok sedang mengendalikan Inter Milan bg musim yg ke-13 dan tiba2 terdetik untuk 'search' dimana Van Nistelroy sedang bermain. Hasilnya Nistelroy dah jadi keeper utk satu kelab di belanda...hahaha gilos!!!(sebenarnye game tu nk suruh ko berenti main la tu lokman oi..tak reti2 nk stop ke dah smpi 13 musim ni)

*aku jugak penah alami pengalaman seram kerana dek leka bermain manager ni. ketika berada dirumah abgku dan ketika itu jam menunjukkan jam 2 pg aku masih leka mengendalikan Newcastle United lalu terdengar bunyi2 yg menyeramkan..namun aku buat dek je disbbkan tgh naik sheikh main manager ni.hasilnya utk julung kalinya mlm tu aku kne tindih time tdo.(mungkin mahkluk halus tu hangin dgn aku kot..penat dia menyakat, aku dok layan game ni lagi...haish)

Dan bnyk lagi kenangan2 yg tak boleh dilupakan sepanjang penglibatan bermain game ni. bagi aku game ni bagus kepada individu yg meminati dunia bola sepak. aku rasa klu bola sepak dimalaysia ni dah jadi industri...aku leh apply jadi scout. disbbkan pengaruh game ni aku boleh kenal pasti mana2 player...sebut sahaja nama..aku boleh bgtau negara asal player tersebut malah smpi tahap tahu seseorang player tu ada berapa kerakyatan. bagi yg suka bermain fantasy football tu mainla game ni dlu sbb anda akan didedahkan dgn asas2 formasi dan tektikal dlm bola sepak.

P/S: Tahukah anda terdapat 7 org player kewargenegaraan Malaysia yg sedang bermain di liga profesional di luar negara. seorang di liga Australia, seorang di liga jepun, 3 org di liga Inggeris, seorang di liga scotland dan seorang di liga belanda.

oleh: Mr Luca







No comments: