Tuesday 8 March 2011

Game Manager Part 2...

Kali ini aku nak ajak review game manager yang aku layan time dah jadi pekerja plak. Kalau sebelum ni time zaman student...kali ini time keje pun leh jadi melayan...ini lah Football Manager 2006


Football Manager 2006 ini mempunyai paparan gambar yang agak ceria. Kiranya klu takde kje nak buat tu boleh la melayan game ni. Bukak2 je game ni dah rase 'cool' je sbb warna yg digunakan agak mesra gamers. Kelebihan game ini  ialah menampilkan perlawanan secara live dlm bentuk 2D. Ada pergerakan ikon2 bulat yg digambarkan sebagai player pasukan yg kita handle. Kiranya lebih mudah nk lihat atau kesan kat mana kelemahan team kita semasa perlawanan sedang berlangsungla....



Bagi aku yg menarik dalam game ni ialah ramai star2 dunia sekarang baru nak naik. So anda boleh membeli player2 ni dgn harga yg masih murah seperti Christiano Ronaldo, Luca Modric, Christian Delgado dan ramai lagi. Ada juga player2 yg sedang meningkat naik dan sgt murah untuk dibeli...kira2nya anda boleh berangan menjadi Pakcik Wenger utk seketika la. Antara player2 tersebut seperti Mourene Fellaini( midfield everton skrg), Per Ciljan Skjelberd( FC Rosenberg), Jose Ernsto Sosa( Fc Bayern Munchen) dan Juan Manual Mata( Valencia).

Antara rekod yg aku berjaya hasilkan semasa melayan game ni...antaranya ialah rekod penjualan pemain yg plg tinggi pernah aku buat...menjual Aaron Lennon kepada Real Madrid dgn harga GBP 40 Juta( ini rekod aku plg tinggi selama bermain game manager ni) dan menang champions league semasa menguruskan HSV Hamburg dgn mengalahkan Manchester United tanpa sebarang penyerang kerana semua striker aku injured. Penyerang yg aku guna time tu hanyalah Nigel De Jong yg sebenarnya ialah defend midfielder sahaja...(berkesan jugak taktikal mourinho yg aku apply...hehe)

P/S: Member ku Jijul berjaya mengulangi rekod arsenal..tak kalah satu season..( tu pun sbb bila kalah trus signout tanpa save..mmgla tak kalah2..haha...)


Monday 7 March 2011

Tahukah anda?.....


Kesebelasan utama Arsenal yang menewaskan Wigan 3-0 di The Emirates semasa perlawanan Liga Perdana hanya bernilai GBP 41.7 Juta. 


Penjaga gol Wojciech Szczesny muncul dari akademi kelab sama seperti Jack Wilshere, Johan Djourou dan Cesc Fabregas.


Pakcik Wenger hanya mengeluarkan wang untuk Samir Nasri- GBP 15 Juta, Laurent Koscielny-GBP 9.75 Juta, Theo Walcott-GBP 7 Juta, Bakari Sagna-GBP 6 Juta, Robin Van Persie- GBP 2.75 Juta dan Gael Clichy GBP- 250,000.


Dengan Fernando Torres menelan kos GBP 50 Juta, Pakcik Wenger akan memberitahu bahawa anda boleh membentuk kesebelasan utama yang lengkap dan masih berbaki GBP 8.3 Juta.







           =





P/S: 'Bijakkan' Chelsea berbelanja...hehe....

oleh : Mr Luca