Saturday 19 February 2011

Beckham kau hancurkan hidupku....





AZRUL AMRI BIN BURHAN
No. Lesen: FAMP020PK
No. K/P: 751101-08-6067
Tarikh Lahir: 01.11.1975
Tempat lahir: Tapah, Perak
Mewakili Perak: 1997
Pasukan asal: Kuala Lumpur
He is arguably the closest we have to former legend Azizul Abu Hanifah. He has tremendous skills on the ball and has excellent vision. On his days, he can singlehandedly turn the game around from a brink of defeat to a draw or from a draw to a victory.Unfortunately, he's been trouble by a knee injury suffered during a playing tour in France under Claude Le Roy team which was caused from a very bad tackle from behind by Gary Neville and a front collision with David Beckham. Apart from injury he was also plague by his lack of fitness in recent years since he joined Perak. Looking at current pre-season training and friendly matches, he looks much fitter and stronger than where he left off last year. What seems more encouraging this season is that he is able to finish off quite a number of friendly games full 90 minutes, something that he seldom does last season. He is the team main kick takers as he is responsible for freekicks, right-side corners and sometimes penalties.


Anda kenal pemain diatas?...beliau ialah Azrul Amri Burhan yg pernah mewakili Kuala Lumpur dan juga Perak. Apa yg menarik ttg player ini ialah beliau hampir memecahkan rekod perpindahan pemain malaysia...kiranya boleh dianggap sebagai permindahan saga la jugak. pernah mendapat tawaran RM 1 Juta daripada kelab FC Montpellier namun permindahan itu tidak berjaya disaat2 akhir kerana mengalami kecederaan teruk di kejohanan Toulon Tournament di France pada tahun 1995. ketika itu beliau bersama pasukan malaysia sedang bermain dibawah kendalian Claude Le Roy menentang England. yg lebih tragis kecederaan itu berpunca dari bentesan oleh Gary Neville dan juga David Beckham. Pemain ini mempunyai skill dribling yg power. bg aku gaya permainan azrul amri burhan ni lebih kurang mcm harry kewell zaman dkt leeds united dulu. 


P/S: tak sangka power gak player malaysia smpi neville dgn beckham terpaksa melakukan tackle keras nk 'bunuh' playmaker malaysia ni. tp kt mana la skrg azrul amri burhan ni kan?



"yes mati sudah itu player malaysia".


"Good job Neville.....well done".


oleh: Mr Luca

Friday 18 February 2011

Game Manager Part 1....




kali ini aku nak menceritakan mengenai game manager.....kalau sebelum ini post2 semua berkaitan dunia bola sepak..kali ini kita review dunia bola sepak maya@virtual plak. Anda pernah bermain game manager?...aku boleh dikatakan sgt addict dgn game ni. cuma kesibukan bekerja akhir2 ni membataskan aku nak main game ini. mula bermain game manager semasa zaman study di kolej dahulu bersama2 rakan yg sekepala. boleh dikatakan game2 manager ni macam fenomena luarbiasa la dlm hidup aku...dah mcm fenomena akademi fantasia melanda dunia hiburan malaysia gitu. sehingga sanggup berebut blk awal ke rumah sewa untuk berebut komputer semata2 nk main game ni. terdetik nk main game ni apabila mendengar perbualan 2 org member aku bercerita pasal Gabriel Batistuta masuk Inter Milan?..haish bile plak Batistuta masuk inter..setau aku die main dgn As Roma...jenuhla aku cari paper kot2 ade cerita perpindahan Batistuta ini..rupe2nya semua itu hanyalah dlm game manager. Game manager yg paling lama aku main ialah Champions Manager season 2000/2001


ini la game plg lama aku main dan boleh dikiranya sgt memberi impak kepada aku dan member2. bagi game utk season ini masih tidak ada nama2 besar seperti Messi, Cristiano Ronaldo atau pun Fernando Torres. ketika ini nama2 besar antaranya ialah Henry, Del Piero, Nedved, Ronaldo Gemok, dan juga Ruud Van Nistelroy.ketika ini juga terdapat nama2 yg tidak begitu familiar tetapi sgt power dan berbaloi utk dibeli seperti player2 sweden, antaranya ialah Stefan Selakovic dan Teddy Lucic, Arjen Robben, Mateja Kezman(player bermuka mcm x-gitaris limp bizkit:monkeys) dan ramai lg.pelbagai kenangan manis,kelakor,pelik,bingung dan mcm2 lagila sepanjang penglibatan aku dan rakan2 bermain game ini. antaranya ialah:

* memberku bernama cha-are yg ketika itu sdg mengendali pasukan Perugia di dalam liga Seria A Italy mengalami krisis dgn Luca Saudati yg mahu berhijrah ke kelab lain. akhirnya setelah tidak dpt menghalang Saudati dr berpindah kelab, memberku ini menukarkan nama Saudati di bhgn 'edit name' kepada 'si curang' sbgi tanda kekecewaannya. namun selepas beberapa musim selepas itu berlaku satu kejadian yg tak diduga. ketika menentang satu pasukan di dalam Seria A...pintu gol pasukan member aku ni di bolosi oleh seorang striker yg agak pelik namanya lalu menjerit...'HOIH...SPE SI CURANG NI...?'...hehe bende ko yg tukar nama tu tak ingat ke.rupa2nya si Saudati ni dh bertukar kelab.

*memberku si cha-are ni sekali lg mengalami krisis perpindahan pemain semasa mengendalikan Bayern Leverkusen(nmpk sgt ko ni tak reti jaga player...huhu). kali ini kes dgn Michael Ballack yg bakal berpindah ke Real Madrid melalui bosman rolling(fasa perpindahan permain secara percuma dlm tempoh 6 bulan terakhir baki kontrak seseorang player dgn sesebuah kelab). member aku ni mencuba satu teknik gila bg menghalang perpindahan ini dgn menyenaraikan Ballack dlm semua game yg dilalui wlpn ketika itu Ballack masih cedera. sehingga satu tahap condition Ballack hanya tinggal 30% sahaja pun masih diturunkan. hasilnya Ballack injured 6 bulan dan perpindahan ke Real Madrid pun gagal kerana Ballack fail medical test. hahaha gile terdesak ko ni cha-are..haha

*memberku bernama ben soffian@hisham soffian yg ketika itu mengendalikan Barcelona amat bengang dgn pasukannya kerana tidak mengikut strategi yg diaturkan...(gile emo ko ni...haha). dek kerana tidak dpt mengawal marah maka memberku ini menerapkan satu formasi gila tak penah dibuat org iaitu 5-5-1. formasi ini menerapkan tektik yg mana dibahagian tengah langsung tiada player.semua player diletakkan diatas garisan out.so secara logiknya dibhgn tengah terus kosong dan yg tinggal hanya keeper sahaja.yg lain2 tidak dpt bergerak kerana di'kaku'kan di atas garisan out.maka hasilnya terus kene titik 11-0 seraya melihat aku dan berkata...PUAS HATI AKU....HAHA(psycho gile ko ni sham)

*rakanku bernama lokman@alok yg sgt mempunyai semangat kenegaraan yg tinggi sanggup mengambil risiko membeli Norhafiz Zamani Misbah dr Negeri Sembilan utk mengisi kekosongan bek kanan Inter Milan( mmg agak pelik  tindakan ko ni alok). maka hasilnya setiap kali Inter Milan bolos..gol2 adalah berpunca dr bahagian kanan...haha..tu pun boleh buat muka yakin seraya berkata 'PEMBELIAN AKU NI BERBALOI'.

*Member aku lokman@alok memecah rekod perpindahan pemain yg aku rasa smpi ke saat ini masih tidak dpt dipecahkan oleh mana2 rakan2 aku termasuk aku sekali. Alok berjaya menjual Patrick Viera yg dibeli dr Arsenal sblm itu kepada Real Madrid dgn rekod perpindahan saga GBP 96 Juta. Ketika ini Alok sedang mengendalikan pasukan Inter Milan.Hasilnya dgn jumlah kekayaan yg melimpah ruah itu alok berjaya membawa bintang2 dunia menyertai Inter Milan.Bayangkan Ronaldinho tu hanya mampu menjadi simpanan tetap@ pasukan kedua Inter Milan sahaja.

*aku juga menjumpai teknik yg agak tricky dlm menjadikan dana pembelian pemain lebih besar. senang sahaja caranya iaitu..pergi ke bhgn add manager dan anda apply menjadi 2nd manager pada satu masa. hasilnya aku jadi manager Arsenal dan Valencia pada satu masa. kemudian aku letak Juichi Inamoto dlm transfer list dgn harga GBP 22 Juta dan kemudiannya 'klik' ke manager Valencia dan terus membeli Juichi Inamoto. Agak2 logik ke Juichi Inamoto value smpi GBP 22 Juta?

* Memberku lokman@alok sedang mengendalikan Inter Milan bg musim yg ke-13 dan tiba2 terdetik untuk 'search' dimana Van Nistelroy sedang bermain. Hasilnya Nistelroy dah jadi keeper utk satu kelab di belanda...hahaha gilos!!!(sebenarnye game tu nk suruh ko berenti main la tu lokman oi..tak reti2 nk stop ke dah smpi 13 musim ni)

*aku jugak penah alami pengalaman seram kerana dek leka bermain manager ni. ketika berada dirumah abgku dan ketika itu jam menunjukkan jam 2 pg aku masih leka mengendalikan Newcastle United lalu terdengar bunyi2 yg menyeramkan..namun aku buat dek je disbbkan tgh naik sheikh main manager ni.hasilnya utk julung kalinya mlm tu aku kne tindih time tdo.(mungkin mahkluk halus tu hangin dgn aku kot..penat dia menyakat, aku dok layan game ni lagi...haish)

Dan bnyk lagi kenangan2 yg tak boleh dilupakan sepanjang penglibatan bermain game ni. bagi aku game ni bagus kepada individu yg meminati dunia bola sepak. aku rasa klu bola sepak dimalaysia ni dah jadi industri...aku leh apply jadi scout. disbbkan pengaruh game ni aku boleh kenal pasti mana2 player...sebut sahaja nama..aku boleh bgtau negara asal player tersebut malah smpi tahap tahu seseorang player tu ada berapa kerakyatan. bagi yg suka bermain fantasy football tu mainla game ni dlu sbb anda akan didedahkan dgn asas2 formasi dan tektikal dlm bola sepak.

P/S: Tahukah anda terdapat 7 org player kewargenegaraan Malaysia yg sedang bermain di liga profesional di luar negara. seorang di liga Australia, seorang di liga jepun, 3 org di liga Inggeris, seorang di liga scotland dan seorang di liga belanda.

oleh: Mr Luca







Perkara disebalik kejayaan Malaysia di Piala AFF Suzuki baru-baru ini....



ade perkara2 yg tidak diketahui umum ttg kejayaan pasukan negara kita di Piala AFF Suzuki baru-baru ini. namun rahsia itu telah berjaya di kupas....layan....!!!



patutla kapten indonesia sepak penalti tak masuk...keeper malaysia ada 'membele' rupenye...hoho


fitnah terbesar diabad ini.....keeper indonesia mendakwa terkena pancaran laser dari penyokong Malaysia...namun ini yg terjadi sebenarnya.....angkara ultraman taro..demm......


bola-bola jugak..fesyen kne follow ma!!!...patutla player Malaysia rileks je kne pancaran laser waktu game kt stadium bung karno.


udoh takdir indonesia mmg nk kalah dgn kita kan?....ha! ni paul yg ckp ok?..teman tak cakap..haha..yg ni jgn caya sgt nnt syirik jadinya..

apa-apa pun teruskan menyokong pasukan bolasepak kebangsaan kita.....kuatnya penyokong berdiri dibelakang pasukan..kuat jugalah pasukan itu nanti.....pikir-pikirkan

oleh: Mr Luca






Die Hard Fans pasukan Perak...sokong hingga mati...


Ini la salah seorang penyokong sejati pasukan Perak yg sgt digeruni sehingga teman dikabokan peminat ini mendapat season pas lg untuk perlawanan2 yg melibatkan negeri Perak. Takkala semua penyokong menyanyikan lagu 'IPOH MALI TALAK SOMBONG'...beliau pula menyanyikan lagu 'enjit-enjit semut'.


Ini lah org yg dimaksudkan..ekekeke...;P



oleh: Mr Luca






Tips menanduk bola...(heading!!)..by Coach Jabir Pellergrow


"camne ek, nak tanduk bola, saya main sebagai striker laa..coach..tapi bila tang corner ke..bola cross ke..mesti saya gagal la.."..Hamid Crouch..via email


Kehadapan en hamid...owh..gitu..senang jek tu..mula - mula ..bila kita nak menanduk bola ke gawang gol tu..first sekali..timing..(jangkaan masa)..pastu power (kekuatan lompatan kita dan tandukan kita)..dan lepas tu..teknik kita...(cara tandukan kita tu..haa..nak tandukan tajam ke..tandukan loop ke..ke kiri ke..ke kanan ke..)





mula sekali..pastikan masa bola tu tiba..kita mesti paling lompat lebih tinggi dari defend yang jaga kita tu...haa..baru jadi..
kita juga mesti gunakan tangan kita untuk menghalang pemain defend dari menolak kita masa perebutan bola tu..make sure jangan sampai foul ye..(time ni..defend pasti akan gunakan tangan diorang untuk jatuhkan striker..so..careful kat sini k..)

tips masa latihan


macam yang saya biasa train player2 saya..(boleh rujuk gambar atas)..atau kita praktis ngan kengkawan kita..
cara nye..jarakkan diri kita kurangnye 8 kaki dari kawan kita tadi..suruh dia cross bola pada kita..cuba lompat dan heading bola semula pada kawan kita..(rahsianye..mata mesti dibuka..takleh tutup.ini supaya kita sentiasa fokus pada target tandukan kita .)
kemudian..suruh dia cross semula tapi kali ni..caranya kita buat diving header lak..haa...kita buat praktis ni sampai lebam..(kau buat le dalam 10 kali..ok la tu..)




tip dari Pele..
tanduk dengan mata anda dibuka..lepas tu banyakkan praktis..baru la pandai..






tahukah anda.....
perangkaan yg dikeluarkan oleh (OPTA), ...jumlah percent tandukan gol dihasilkan pada EPL (English Premier League) musim lepas... adalah sebanyak..37.9%
 ..renungkan..

Thursday 17 February 2011

Ulasan kemenangan Spurs ke atas AC Milan.....



Kemenangan Spurs ke atas AC Milan dalam pusingan kedua liga terulung eropah UEFA Champions League amat mengejutkan dimana Spurs sebuah pasukan yg boleh dianggap sebagai 'pasukan budak baru merangkak' kerana pertama kali menyertai champions league mampu mengalahkan AC Milan...pasukan regular dalam liga kejuaraan eropah ini. Lebih menarik kemenangan yg digelar 'The famous win' ini diperolehi di stadium keramat AC Milan iaitu San Siro (wlpn sbnrnye xdela keramat sgt sbb Inter Milan pun nyaris2 nk kne titik kt sini..huhu :p). Namun kemenangan ini dicemari oleh insiden2 pergaduhan yg diketuai oleh kapten AC Milan sendiri iaitu GATTUSO a.k.a Italian Dog a.k.a Sarip Dol yg kelihatan seperti mengidap penyakit anjing gila..hehe. bertindak agresif dgn mengistiharkan pergaduhan dgn sesiapa sahaja diatas padang terutamanya dgn asstnt manager Spurs...Joe Jordan...marsyaraka???




Namun jika diperhatikan kegagalan gattuso@sarip dol ini mengawal emosi menyebabkan kekalahan milan pada minit ke-80 hasil counter attack pantas oleh aaron lennon yg disudahi oleh Peter Crouch dgn tenang menjaringkan gol tanpa dikawal oleh defender milan.



Jika diteliti game antara spurs vs ac milan ini...berikut mungkin antara penyebab kekalahan ac milan

* faktor kecergasan- jelas apabila permainan memasuki fasa 3/4 game..rata2 player milan dah kurang speed...maklumla semua dah kuda tua berbanding player spurs yg genteng2 lagi.

* faktor mentaliti- kerana dok busy sgt nk buat drama swasta pergaduhan cekik2 leher gattuso dan labu2nya pun lupa skrip asal untuk mencari gol ditempat sendiri. jelas nmpk milan bermain secara gelojoh dlm separuh masa kedua.

* faktor tektikal- Spurs mengamalkan tektikal yg amat famouse dan praktikal utk digunakan dlm era bola sepak skrg hasil ciptaan jose mourinho iaitu tunggu dan skor bile peluang hadir. tektikal ini agak kejam dan amat berguna utk menjatuhkan semangat juang pihak lawan.

* gaya permainan- corak permainan ac milan jika diperhatikan jauh berbeza dgn zaman keagungan dahulu. tiada arkitek dibahagian tengah seperti kaka.yg ada hanya seekor badak sumbu...ekeke:P. tak nampak variasi serangan dan corak serangan sgt mudah dibaca oleh pertahanan Spurs.

*disiplin player- player Spurs sgt mengikut tektikal yg diminta oleh manager Pak Harry dalam menyerap tekanan asakan dr ac milan. player yg diturunkan mlm itu bukanlah barisan pemain utama yg sedia maklum Spurs sedang mengalami krisis kecederaan pemain. jika diamati ac milan kerap kali off position dan sentiasa lambat menutup ruang..maka terhasil lah counter attack pantas yg menghasilkan gol kemenangan spurs.

 dan terakhir sekali faktor yg tidak boleh disangkal lg

*faktor raja lawak- Spurs TERLUPA yg sebenarnye diorang tgh main kt San Siro.ingatkan tgh main kt White Hart Lane...hahaha..bila dah ingat tup2 dah menang 1-0...hahaha..ni gara2 minggu lepas g tgk nazmi raja lawak la ni..HAHAHAHAHA


oleh: Mr Luca