Tuesday 8 March 2011

Game Manager Part 2...

Kali ini aku nak ajak review game manager yang aku layan time dah jadi pekerja plak. Kalau sebelum ni time zaman student...kali ini time keje pun leh jadi melayan...ini lah Football Manager 2006


Football Manager 2006 ini mempunyai paparan gambar yang agak ceria. Kiranya klu takde kje nak buat tu boleh la melayan game ni. Bukak2 je game ni dah rase 'cool' je sbb warna yg digunakan agak mesra gamers. Kelebihan game ini  ialah menampilkan perlawanan secara live dlm bentuk 2D. Ada pergerakan ikon2 bulat yg digambarkan sebagai player pasukan yg kita handle. Kiranya lebih mudah nk lihat atau kesan kat mana kelemahan team kita semasa perlawanan sedang berlangsungla....



Bagi aku yg menarik dalam game ni ialah ramai star2 dunia sekarang baru nak naik. So anda boleh membeli player2 ni dgn harga yg masih murah seperti Christiano Ronaldo, Luca Modric, Christian Delgado dan ramai lagi. Ada juga player2 yg sedang meningkat naik dan sgt murah untuk dibeli...kira2nya anda boleh berangan menjadi Pakcik Wenger utk seketika la. Antara player2 tersebut seperti Mourene Fellaini( midfield everton skrg), Per Ciljan Skjelberd( FC Rosenberg), Jose Ernsto Sosa( Fc Bayern Munchen) dan Juan Manual Mata( Valencia).

Antara rekod yg aku berjaya hasilkan semasa melayan game ni...antaranya ialah rekod penjualan pemain yg plg tinggi pernah aku buat...menjual Aaron Lennon kepada Real Madrid dgn harga GBP 40 Juta( ini rekod aku plg tinggi selama bermain game manager ni) dan menang champions league semasa menguruskan HSV Hamburg dgn mengalahkan Manchester United tanpa sebarang penyerang kerana semua striker aku injured. Penyerang yg aku guna time tu hanyalah Nigel De Jong yg sebenarnya ialah defend midfielder sahaja...(berkesan jugak taktikal mourinho yg aku apply...hehe)

P/S: Member ku Jijul berjaya mengulangi rekod arsenal..tak kalah satu season..( tu pun sbb bila kalah trus signout tanpa save..mmgla tak kalah2..haha...)


Monday 7 March 2011

Tahukah anda?.....


Kesebelasan utama Arsenal yang menewaskan Wigan 3-0 di The Emirates semasa perlawanan Liga Perdana hanya bernilai GBP 41.7 Juta. 


Penjaga gol Wojciech Szczesny muncul dari akademi kelab sama seperti Jack Wilshere, Johan Djourou dan Cesc Fabregas.


Pakcik Wenger hanya mengeluarkan wang untuk Samir Nasri- GBP 15 Juta, Laurent Koscielny-GBP 9.75 Juta, Theo Walcott-GBP 7 Juta, Bakari Sagna-GBP 6 Juta, Robin Van Persie- GBP 2.75 Juta dan Gael Clichy GBP- 250,000.


Dengan Fernando Torres menelan kos GBP 50 Juta, Pakcik Wenger akan memberitahu bahawa anda boleh membentuk kesebelasan utama yang lengkap dan masih berbaki GBP 8.3 Juta.







           =





P/S: 'Bijakkan' Chelsea berbelanja...hehe....

oleh : Mr Luca

Friday 4 March 2011

Manchester United vs Liverpool


Perlawanan yang semestinya ditunggu2 oleh peminat Man U ngan Liverpool, dan juga bakal menentukan samada Man U boleh menjadi juara atau Liverpool yang boleh menyekat impian Man U, (buat seketika jek la kot!!)..

Man U masih lagi leading dengan 60 points..beza 4 mata dengan Arsenal, yang akan menentang Sunderland malam esok. Manakala kelab Man City yang di tangga ketiga liga sekarang ni (50 points) akan bertemu Wigan Athletic di tempat sendiri..Chelsea plak yang berada di tangga keempat dengan 48 points akan ke Blackpool (tanpa Charlie Adam yg digantung perlawanan).

Sir Alex pernah berkata ketika dia mula2 jadi pengurus United..target utama dia...singkirkan Liverpool dari menjadi kuasa utama bolasepak.. Well..lihat la dimana Man U sekarang ni..dan lihat pula Liverpool..

Man U telah pun menyamai rekod kejuaraan liga dengan 18 kali..milik Liverpool,
 so..misi besar Kenny Daglish ngan anak 2 buah minggu ni adalah..cuba menyekat Man U dari mendapat kejuaraan kali ke 19 mereka..diatas kertas..mungkin ramai memilih Liverpool kerana..Man U akan turun tanpa Rio Ferdinand yang cedera..then Vidic lak kena gantung sebab kena red card game ngan Chelsea..tapi jangan lupa..Man U masih ada Wes Brown..otai yang setiap tahun makin menjadi walaupun simpanan..Chris Smalling akan berganding dengan dia..ditambah dengan bek kiri terbaik di dunia..Evra..Liverpool pastinya akan menghadapi tugas yang sukar untuk mencari gol..jadi dijangka no problemo..(hopefully)...

Andy Carrol dijangka akan membuat penampilan sulungnya nanti setelah dibelenggu dengan kecederaan semasa dibeli oleh Liverpool.. Wayne Rooney yang sudah menemui kembali sentuhannya, sudah pasti dalam first eleven manakala Javier Hernandez atau Berbatov akan digandingkan dengan Rooney. Walau siapa pun bermain..dijangka Man U tidak akan ketandusan gol nanti..
disamping itu juga..Antonio Valencia dijangka bakal membuat penampilan setelah berbulan cedera..jadi tugas sukar bagi pertahanan Liverpool kerana Valencia sudah pastinya akan menghantar cross yang bakal menyusahkan mereka.

Apa2 pun dijangka Man U akan menang..dan game tu lak nanti dijangka akan berlangsung dalam suasana tegang..biasala Man U jumpa Liverpool..tak pernah yang tak menarik..

hehehe...


hahahaha...


huhuhuhuh....

Dan dijangka..Man U pasti akan menjuarai EPL buat kali ke 19 musim..dengan baki 1 lagi game..well..kita tengok..

-Mr Jim Aliff Dal-


Wednesday 2 March 2011

Perak Vs Harimau Muda A


Mlm semalam berlangsungnya salah satu game liga super malaysia yag ditunggu2 iaitu Perak vs Harimau Muda A bertempat di Stadium Perak, Ipoh.Kedua-dua team ini antara team yang berada dlm performance terbaik ketika ini dgn masing-masing mempunyai tektikal dan corak persembahan yg berbeza. Harimau Muda A mengamalkan corak permainan pantas total football ala2 Barcelona, manakala Perak mengamalkan tektikal hantaran bola terus ke dalam kotak penalti. Kedua-dua pasukan ini menghadapi masalah tersendiri dgn Perak yg kehilangan sebahagian besar barisan pertahanan akibat pergantungan dan juga kecederaan..manakala Harimau Muda pula dalam dilema memilih pemain utama yg terpaksa digilirkan kerana kepadatan jadual perlawanan memandangkan selepas ini mereka akan terbang ke Lahore Pakistan untuk tugasan kelayakan Olimpik.

ULASAN PERLAWANAN

Perlawanan bermula agak perlahan dan kelihatan kedua-dua team masih mencari rentak dan agak berhati-hati dalam merencanakan gerakan. 10 minit pertama, Harimau Muda lebih menguasai bola berbanding pasukan tuan rumah dan hasilnya pada minit ke-11, Harimau Muda berjaya menjaringkan gol pembukaan yg disempurnakan oleh Wan Zack Haikal yg berjaya menewaskan penjaga gol perak,Nasril Nourdin selepas mendapat lorongan cantik dari tgh padang oleh Gurusamy. 'Chip' cantik beliau akhirnya berjaya menewaskan Nasril utk kali kedua bagi musim ini. Boleh dikatakan gol ini berpunca dari kesilapan pertahanan Perak sendiri kerana memberikan terlampau bnyk ruang kepada penyerang Harimau Muda untuk bergerak bebas terutamanya disebelah kiri pertahanan Perak yg digalas oleh Norhazrul Mustapa (menjadi pertahanan bidan terjun kerana posisi asal ialah wingback kanan). Harimau Muda sekai lagi mendapat peluang keemasan utk menjaringkan gol namun ketangkasan Nasril Nourdin berjaya menyelamatkan percubaan tersebut hasil reflect yg pantas. Perak mendapat 2 peluang iaitu melalui tandukan cantik kapten@ Shahrulnizam Mustapa dan juga wing kanan iaitu Isma Alif namun kedua-duanya hanya sipi tersasar. Kesimpulan separuh masa pertama, perlawanan sgt membosankan dan Perak tertekan terutamanya bahagian pertahanan yg di'ayam2kan' oleh penyerang Harimau Muda. 

Separuh masa kedua, senario masih tidak berubah. Tempo perlawanan masih kendur dgn jarang2 sekali dpt melihat percubaan2 ke arah pintu gol. Bola banyak berlegar dikawasan tengah padang. Hantaran2 tidak kemas dilakukan oleh kedua-dua pasukan menjadikan perlawanan semakin boring utk ditonton. Namun keadaan bertukar apabila perlawanan memasuki 20 minit terakhir. Razali Umar Kandasamy dimasukkan menggantikan Syafiq Jamal dan beliau melakukan banyak larian pantas@ offside. Tempo permainan semakin meningkat dan perlawanan menjadi semakin aggresif. Perak semakin garang dan kembali menguasai bahagian tengah padang menjadikan pertahanan Harimau Muda semakin tertekan. Hasilnya pada minit ke-85, melalui satu sepakan percuma, Norhazrul Mustapa berjaya menjaringkan gol pantas bagi menebus kesilapan awal beliau dan seterusnya berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah Perak musim ini.

ULASAN PASUKAN

Mlm ini antara corak permainan terburuk yg disajikan kepada penonton. Perak hanya menguasai 45% penguasaan bola dan percubaan bnyk di janakan oleh midfielder terutama skali kapten. Penyerang Perak kali ini umpama kekeringan idea untuk mencipta ruang serta peluang gol. Hantaran bola antara player juga dibawah tahap sebenarnya. Yg boleh dipuji hanyalah semangat juang yg tinggi untuk mencari gol penyamaan hingga ke minit-mint terakhir.

Harimau Muda pula sgt bijak menggunakan peluang. Barisan yg diturunkan rata-rata bukan player utama. Di khabarkan jumlah pemain untuk pasukan Harimau Muda ini mencecah hingga 78 orang dan sentiasa bersaing satu sama lain untuk merebut kesebelasan utama. Kunci kekuatan Harimau Muda ialah tahap fitnes yg menggila. Sehingga akhir2 perlawanan masih tidak kelihatan riak penat pada player2 Harimau Muda ini. Kredit to Mr Ong Kim Swee. Namun kurangya focus hingga wisel penamat menghukum pasukan ini dari membawa pulang 3 mata penuh. Perlu belajar dari kesilapan ini.




P/S: Pemain terbaik ialah kapitan@ Shahrul Nizam Mustapa. tgk gaya permainan Wan Zack Haikal dah macam Jack Wilshere Arsenal tu..liar dan bertenaga katanya. Style rambut dah seakan2 sama. Jumlah kehadiran mencecah 25000 org penonton.Petanda baik untuk memeriahkan semula liga malaysia.

oleh: Mr Luca

Saturday 26 February 2011

Tips sepakan penalti ..oleh Coach Jabir..

"Encik Coach Jabor..eh..Jabir..setiap kali team taman saya dapat penalti..saya mesti gagal..tolong arr coach..saya ni nerbes ke apa ni ekk?"..Wahab Yaakob (pemain amatur)


Saudara..ingin saya tekan  kan disini ye..penalti adalah 70% tentang corfirm gol..so..kita kena manfaat ia ya..



so..yang paling penting sebenarnya..adalah tentang menguasai diri kita pada masa tu..kot cuak sgt pun..tak jadi apa...
first sekali..tentang kekuatan sepakan kita..jika kita rembat tak kuat...pikirkan tentang ketepatan sepakan kita..arah mana kita selesa nak rembat..nak chip jek ke..haa

jika kita selesa dengan kekuatan atau ketepatan rembatan kita..jangan ubah arah sepakan kita ..sebaliknya..tumpukan kekuatan masa rembat tu. ke arah spot yang kita nak...baru cara!!!..

pada masa yang sama..kita pun kena la main akal dgn keeper..buat dia cuak...bila kita tau teknik kita bagus...kita patut buat dia takut pada kita..biar dia risau..usha jek dia..
tapi apa2 pun..semuanya terpulang pada kita ..rajin prektis..terel la..malas..gelak banyak..tak jadi apa derr..amatur ke pro ke..yg penting kena rajin prektis ..



satu lagi nak pesan..jgn dengor kata org..diorang tu nk cuakkan kita sebenarnya tu..buat pekak telinga jek..follow hati kita k..kot kau dah nak rembat kanan ..rembat kanan..jgn gatal2 nk cuba rembat tengah lak..

anyway..practise..and practise lagi..tak rugi..

Yang Benar
Coach Jabir


-Mr Jim Aliff Dal-

Offical song for FIFA Youth Cup 1997

menyorot kembali lagu tema FIFA Youth Cup 1997 yang diadakan di malaysia...ramai permain-permain terkenal dunia skrg dilahirkan dari piala dunia remaja ini seperti micheal owen, estaban cambiaso, david trazeguet, thierry henry dan jamie carragher.


P/S: Malaysia tak lepas grouping pun masa temasya ni...hehe....

oleh: Mr Luca




Team Review.....PSV Eindhoven



Kali ini aku nak mengajak pembaca semua melihat sebuah pasukan dari negara Belanda iaitu PSV Eindhoven. Mungkin ada yang penah dengar team ini dan mungkin juga tak pernah. PSV Eindhoven ini taklah se-famouse team2 lain seperti Real Madrid, Barcelona ataupun Manchester United. Tp sebenarnya team ni lah yang mengeluarkan pemain-pemain handalan dunia. boleh digelar sebagai kilang mengeluarkan pemain2 ternama dunia. kebanyakkan pemain2 ternama yang bermain di kelab2 seperti Real Madrid, Barcelona malah Manchester United diambil dari produk2 keluaran PSV Eindhoven ini.


PSV Eindhoven ditubuhkan pada 13 August 1913 dan berpusat di bandar Eindhoven, Belanda. Pasukan yang digelar Red White Army ini berpengkalan di Stadium Philips yang berkapasiti sebanyak 35,186. Kelab ini bermula apabila sekumpulan pekerja kilang elektronik philips (kilang lampu) berkumpul untuk menyertai satu pertandingan tempatan.


Nama PSV Eindhoven ini melonjak naik semasa era Guus Hiddink dan paling diingati ialah ketika mereka layak ke semi-final champions league 2004 sebelum tumpas di tangan AC Milan.Kemenangan terbesar yang pernah direkodkan ialah mengalahkan musuh setempat iaitu Fayernord dengan keputusan 10-0 pada 24 Oktober 2010. 


yang menariknya ialah senarai pemain yang dilahirkan bukan calang2 player. boleh dikatakan kesemuanya bertaraf 5 bintang. antara player2 tersebut akan di susun dalam formasi 
3-4-3 seperti ini:-



P/S: bayangkan player2 ini dapat bermain dalam satu unit dan kesemuanya tgh top form....aku rasa barcelona tu senang2 je kene kitai.....

oleh: Mr Luca










                                                                                    

Friday 25 February 2011

most popular transfer player for this season...

mari kita menyorot seketika antara perpindahan paling famous untuk musim 2010/2011 serta impak perpindahan tersebut.

                                                    1) Fernando Torres
                              Liverpool ke Chelsea - GBP 58 JUTA


Impak:   setakat ini Torres masih belum menampakkan impak positif terhadap corak serangan Chelsea. masih belum menjaringkan gol dalam sebarang pertandingan samaada di England ataupun Uefa Champions League. mengakibatkan krisis pemilihan penyerang yang menyebabkan Drogba menghuni bangku simpanan dan menguatkan lagi spekulasi akan perpindahan Drogba ke Real Madrid mengikuti mentornya iaitu Jose Mourinho. impak paling ketara ialah berlakunya pembakaran terbuka di bandar Liverpool (sesi membakar jersey Torres)      


2) Andy Carrol
Newcastle United ke Liverpool- GBP 40 JUTA


Impak: masih tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan lutut. berdasarkan style of play pemain ini bermungkinan besar dapat memberi impak yang positif kerana amat bagus di udara dan bersesuaian dengan taktikal Liverpool yang suka menghantar bola terus ke dalam kotak penalti . impak paling ketara ialah bertambahnya penjualan jersey no.9 yang dikhuatiri menjadi kebencian kepada peminat Liverpool kerana Torres menggunakan nombor tersebut sebelum ini.


3) Edin Dzeko
Vfl Wolsfburg ke Manchester City-GBP 32 JUTA


Impak: kerap diturunkan akhir-akhir ini oleh Manchini dan memberi impak positif kerana banyak terlibat dalam merancang gol-gol Manchester City. hebat diudara dan juga gemar melakukan volley adalah senjata berbahaya Edin Dzeko. impak ketara ialah menambahkan senarai pemain 'hantu galah' dalam pasukan manchester city yang mempunyai ramai pemain yang tinggi seperti Adebayor, Jo, dan juga Yaya Toure. Edin Dzeko berketinggian 1.93 meter. 


4) Darrent Bent
Sunderland ke Aston Villa-GBP 28 JUTA


Impak: menghasilkan gol pertama di penampilan pertama untuk pasukan Aston Villa melegekan seketika pengurusan The Villa tentang ketumpulan jentera serangan. Impak ketara ialah terus dipanggil menyarung jersey England dalam perlawanan persahabatan menentang Denmark dan sekali lagi meneruskan kecermelangan dengan menjaringkan salah satu gol england yang berkesudahan, England menang 2-1 ke atas Denmark.


5) Luis Suarez
Ajax Armsterdam ke Liverpool-GBP 26.5 JUTA


Impak: setakat ini berjaya membawa impak mengejutkan kerana berjaya menjaringkan gol di penampilan pertama diatas padang ketika masuk sebagai pemain gantian. Impak ketara ialah menjadikan serangan liverpool lebih bervariasi dengan kegemaran Suarez untuk memegang bola dan melakukan kelecekan terlebih dahulu sebelum mencari ruang untuk menjaringkan gol.


6) David Luiz
Benfica ke Chelsea- GBP 25 JUTA


Impak: digelar pembelian terbaik selepas Drogba menjadikan David Luiz pilihan terbaik selepas pemergian Ricardo Carvalho ke Real Madrid. gaya permainan kental yang ditunjukkan menampakkan persefahaman baik bersama John Terry di bahagian pertahanan tengah chelsea. Impak ketara ialah mengakibatkan permain pertahanan lain mula merajok dan ingin berpindah kelab seperti Jose Bosigwa dan juga Yuri Zhirkov selain menambahkan jumlah utang chelsea.


7) Safee Sali
Selangor ke Pelita jaya- gaji bulanan 30K, Kereta Alphard sebiji dan juga seorang driver.


Impak: perpindahan saga di asia tenggara yang menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini.  Safee Sali masih di dalam fasa latihan dan juga cuba untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan dalam usaha menyelamatkan Pelita Jaya tersingkar dari liga utama indonesia. Impak ketara ialah meningkatkan jumlah pelancong ke bandung kerana semua berebut-rebut ingin melihat Safee Sali dari dekat.selain itu safee sali sudah bisa ngomong bahasa indonesia...HAHAHA :P


Oleh : Mr Luca















Thursday 24 February 2011

10 PERPINDAHAN PEMAIN TERNAMA DUNIA (YANG MENGEJUTKAN)

1) Claudio Caniggia ke Dundee (2000)
pada tahun 2000, Caniggia yang tidak mempunyai kelab ketika itu, telah dipujuk ke Dens Park untuk bermain dengan Dundee dalam Liga Scotland. Manager Dundee ketika itu, Ivano Bonetti menyakinkan yang Caniggia untuk bermain dan memulihkan kembali kariernya. Ternyata ianya berbaloi kerana selepas persembahan hebatnya di Dundee, dia dibeli oleh Rangers dan....kembali mendapat tempat dalam skuad Argentina.

2) Allan Simonsen ke Charlton (1983)
bekas European Footballer of The Year 1977 ini telah digantikan oleh Maradona di Barcelona dan ramai beranggapan Simonsen akan ke Serie A, sebaliknya dia ke Charlton (ketika itu di Second Division). Pemain berbakat Denmark ini berjaya menjaringkan 9 gol dalam 16 penampilan bersama Charlton sebelum kelab tersebut menyedari yang mereka tak mampu nak bayor gaji Simonsen..masakkkk!!..

3) Paul Gascoigne ke Boston United (2004)
Gazza ke Boston sebagai pemain dan jurulatih tapi hanya bertahan selama 2 bulan jek..sebabnya Gazza quit coaching course...walaubagaimanapun..dia disanjung tinggi dan menjadi pemain pujaan disana...

4) George Best ke Dunstable (1974)
Best masih lagi pemain United ketika itu, dan persoalan besar yang timbul masa tu..adalah camne mereka nak ajak Best main untuk diorang, sedangkan Best sendiri langsung dah tak mau main di Old Trafford...camne?..tapi Best pindah jugak ke Dunstable dan main untuk mereka tiga (3) kali ajerr..!!...

5) Zico ke Udinese (1983)
Zico menjadi rebutan hampir kebanyakan kelab di eropah ketika itu, tapi dia ke Udinese dengan harga 2.5 juta pound..Udinese masa tu tak terkenal langsung..(kira jadi bahan kitai laa..)..the 'White Pele' ni  kira memang cemerlang la..score 19 gol..dan menjalani musim yang bagus dengan Udinese..tapi......pada 1985 Zico kembali semula ke Brazil...

6) Denilson ke Xi Mang Hai Phong (2009)
Ingat lagi tak pada Denilson?..dia menjadi pemain termahal di dunia (di dunia)..bila Real Betis beli dari Sao Paulo dengan harga 21 juta pound...mahal gila..malangnya..Betis drop ke liga bawahan dua musim lepas tu..(gagal)..Denilson kemudian bermain di.....Bordeaux, Al Nasr sebelum ke Dallas..dan pada usia 32 tahun..kelab Vietnam ni (aku malas nak type..payoh mencari button..)..Denilson sempat main 45 minit (45) jek..sebelum cabut!!!..

7) Enzo Francescolli ke Racing Club Paris (1986)
Pemain Uruguay yang sangat berbakat besar ini hanya bertahan selama 3 tahun jek di Racing..sebelum ke Marseille...di Marseille..dia dikagumi oleh....Zinedine Zidane...(pujaan Zidane derr..)

8) Ivano Bonetti ke Grimsby (1995)
300 perlawanan Serie A, menjadikan dia pujaan..bagaimanapun...berbagai2 kejadian terjadi dalam karier dia lepas itu..yang paling gempak..tulang pipi dia patah..lepas satu manager lawan (Brian Laws) cempak pinggan berisi ayam tepat kena kat tulang pipi dia tu...(gilerr..)

9) Kevin Keegan ke Southampton (1980)
Mighty Mouse ini mengejutkan ramai bila berpindah ke The Saints dari Hamburg...dan bermula lah era emas Southampton...

10) Robert Prosinecki ke Portsmouth (2001)
Cemerlang di Barcelona dan Real Madrid disamping menjadi star di Italia 90, Euro 96 dan France 98 (Croatia di tempat ke 3)..dia mengejutkan ramai apabila ke Portsmouth...dan kemudian menjadi hero dan pujaan di Fratton Park apabila menyelamatkan mereka dari tersingkir ke liga bawahan. Menyumbangkan gol - gol yang menarik dan assist yang dahsyat..

-Mr Jim Aliff Dal-

Tuesday 22 February 2011

kebangkitan sang seladang@perak..

kali ni aku nk kupas ttg kebangkitan skuad perak@kejor yob kejor@kpg pisang fc dalam kancah liga malaysia tahun ini. setelah hampir 3 tahun menyepi dek kerana pelbagai masalah dalaman sehingga mengakibatkan majoriti besar penghijraan keluar pemain2 bintang seperti indra putra, khalid jamlus, fakhri shaarani, norshahrul idlan talaha dan ramai lagi.


memandangkan nak mengulas pasal team perak ni....ate teman pun pki bahasa perok la ye.bukan english education mcm si usop tu.tahun ni teman nengok kerangka team makin kukuh. kembalinya player2 lama ke pangkuan team amat melegakan. kemasukan semula shahrul nizam mustafa dr kedah menjadikan beliau sbgi kapten@kapitan utk mengemudi barisan tgh.di sokong oleh midfield bertahan..si hantu galah nanthakumar..bukan hantu kak limah ataupun hantu kopek ye.malah diperkuatkan lg oleh 2 nama besar penyerang berasal dari kedah iaitu akmal@henry dan juga syafiq jamal. tambah2 lg si jali@adebayor perak dah form balik...so memberi kepelbagaian kpd coach iaitu cikgu jan utk mempelbagaikan corak serangan.


tp kunci kekuatan setakat ini adalah barisan pertahanan yg semakin matang teman nengok akhir2 ini.cukup susah nk lepas si khairi tabligh tu...(berkat berdoa panjang kot sblm game start).teman jugak perasan yg player2 tahun ni punyai karakter tersendiri antaranya:


akmal: wlpn 1st season udoh cpt serasi dgn player2 sediada.


syafiq jamal: backup striker yg sentiasa menunggu peluang apabila dtgnya bola2 rebound...trus die merembat umpama peluru bak kata hasbullah awang.


jali: baru training 2 minggu tp dah skor sbijik waktu lawan PDRM.mmg secocokla gelarannya...adebayor perak.skill penyudah masih tajam.


shahrulnizam@kapitan: ni teman tak tau nak komen ape dah..mmg terbaikla. pandai rancang serangan...hantaran yg mengelirukan dicelah2 player lawan..dan sering longshot..pendek cite tunggu jela pakcik wenger lamar die ni.


khairi: defend kebal yg sgt tawaduk..mayb striker lawan takut dgn janggutnya yg panjang dan lebat itu hingga tak berani nak dtg dekat.


nazri kamal: ni wings baru perak.teman rase setakat ni die la plg berdesup atas padang...kaloh time husin lari waktu kne jerekah dgn kak limah.beliau juga digelar kinta express.


firasat temanla tahun ni perak bakal menggegar semula...xpe teman sanggup berabih g stadium janji puas hati.


sedikit statistik pasukan perak:


liga super


vs kual lumpur: seri 1-1
vs johor fc: menang 1-0
vs negeri sembilan: menang 2-0
vs kedah: seri 0-0


fa cup


vs PDRM: menang 4-1


jumlah perlawanan: 5
menang: 3
seri: 2
kalah: masih kebal..sama dgn kelantan masih belum kalah.
jumlah jaringan: 8
jumlah bolos:2
 penjaring gol:
akmal-3 biji
syafiq-2 biji
kapitan-2 biji
jali-1biji


perak vs negeri sembilan...cantik gol akmal ni..udoh mcm gol EPL




perak kenduri gol.....

P/S: compom teman g nengok game perak klu main kt stadium cheras...ate udoh opis sebelah stadium..jln kaki pun sampe...

oleh: Mr Luca