Thursday 17 February 2011

Ulasan kemenangan Spurs ke atas AC Milan.....



Kemenangan Spurs ke atas AC Milan dalam pusingan kedua liga terulung eropah UEFA Champions League amat mengejutkan dimana Spurs sebuah pasukan yg boleh dianggap sebagai 'pasukan budak baru merangkak' kerana pertama kali menyertai champions league mampu mengalahkan AC Milan...pasukan regular dalam liga kejuaraan eropah ini. Lebih menarik kemenangan yg digelar 'The famous win' ini diperolehi di stadium keramat AC Milan iaitu San Siro (wlpn sbnrnye xdela keramat sgt sbb Inter Milan pun nyaris2 nk kne titik kt sini..huhu :p). Namun kemenangan ini dicemari oleh insiden2 pergaduhan yg diketuai oleh kapten AC Milan sendiri iaitu GATTUSO a.k.a Italian Dog a.k.a Sarip Dol yg kelihatan seperti mengidap penyakit anjing gila..hehe. bertindak agresif dgn mengistiharkan pergaduhan dgn sesiapa sahaja diatas padang terutamanya dgn asstnt manager Spurs...Joe Jordan...marsyaraka???




Namun jika diperhatikan kegagalan gattuso@sarip dol ini mengawal emosi menyebabkan kekalahan milan pada minit ke-80 hasil counter attack pantas oleh aaron lennon yg disudahi oleh Peter Crouch dgn tenang menjaringkan gol tanpa dikawal oleh defender milan.



Jika diteliti game antara spurs vs ac milan ini...berikut mungkin antara penyebab kekalahan ac milan

* faktor kecergasan- jelas apabila permainan memasuki fasa 3/4 game..rata2 player milan dah kurang speed...maklumla semua dah kuda tua berbanding player spurs yg genteng2 lagi.

* faktor mentaliti- kerana dok busy sgt nk buat drama swasta pergaduhan cekik2 leher gattuso dan labu2nya pun lupa skrip asal untuk mencari gol ditempat sendiri. jelas nmpk milan bermain secara gelojoh dlm separuh masa kedua.

* faktor tektikal- Spurs mengamalkan tektikal yg amat famouse dan praktikal utk digunakan dlm era bola sepak skrg hasil ciptaan jose mourinho iaitu tunggu dan skor bile peluang hadir. tektikal ini agak kejam dan amat berguna utk menjatuhkan semangat juang pihak lawan.

* gaya permainan- corak permainan ac milan jika diperhatikan jauh berbeza dgn zaman keagungan dahulu. tiada arkitek dibahagian tengah seperti kaka.yg ada hanya seekor badak sumbu...ekeke:P. tak nampak variasi serangan dan corak serangan sgt mudah dibaca oleh pertahanan Spurs.

*disiplin player- player Spurs sgt mengikut tektikal yg diminta oleh manager Pak Harry dalam menyerap tekanan asakan dr ac milan. player yg diturunkan mlm itu bukanlah barisan pemain utama yg sedia maklum Spurs sedang mengalami krisis kecederaan pemain. jika diamati ac milan kerap kali off position dan sentiasa lambat menutup ruang..maka terhasil lah counter attack pantas yg menghasilkan gol kemenangan spurs.

 dan terakhir sekali faktor yg tidak boleh disangkal lg

*faktor raja lawak- Spurs TERLUPA yg sebenarnye diorang tgh main kt San Siro.ingatkan tgh main kt White Hart Lane...hahaha..bila dah ingat tup2 dah menang 1-0...hahaha..ni gara2 minggu lepas g tgk nazmi raja lawak la ni..HAHAHAHAHA


oleh: Mr Luca




No comments: