Friday 4 March 2011

Manchester United vs Liverpool


Perlawanan yang semestinya ditunggu2 oleh peminat Man U ngan Liverpool, dan juga bakal menentukan samada Man U boleh menjadi juara atau Liverpool yang boleh menyekat impian Man U, (buat seketika jek la kot!!)..

Man U masih lagi leading dengan 60 points..beza 4 mata dengan Arsenal, yang akan menentang Sunderland malam esok. Manakala kelab Man City yang di tangga ketiga liga sekarang ni (50 points) akan bertemu Wigan Athletic di tempat sendiri..Chelsea plak yang berada di tangga keempat dengan 48 points akan ke Blackpool (tanpa Charlie Adam yg digantung perlawanan).

Sir Alex pernah berkata ketika dia mula2 jadi pengurus United..target utama dia...singkirkan Liverpool dari menjadi kuasa utama bolasepak.. Well..lihat la dimana Man U sekarang ni..dan lihat pula Liverpool..

Man U telah pun menyamai rekod kejuaraan liga dengan 18 kali..milik Liverpool,
 so..misi besar Kenny Daglish ngan anak 2 buah minggu ni adalah..cuba menyekat Man U dari mendapat kejuaraan kali ke 19 mereka..diatas kertas..mungkin ramai memilih Liverpool kerana..Man U akan turun tanpa Rio Ferdinand yang cedera..then Vidic lak kena gantung sebab kena red card game ngan Chelsea..tapi jangan lupa..Man U masih ada Wes Brown..otai yang setiap tahun makin menjadi walaupun simpanan..Chris Smalling akan berganding dengan dia..ditambah dengan bek kiri terbaik di dunia..Evra..Liverpool pastinya akan menghadapi tugas yang sukar untuk mencari gol..jadi dijangka no problemo..(hopefully)...

Andy Carrol dijangka akan membuat penampilan sulungnya nanti setelah dibelenggu dengan kecederaan semasa dibeli oleh Liverpool.. Wayne Rooney yang sudah menemui kembali sentuhannya, sudah pasti dalam first eleven manakala Javier Hernandez atau Berbatov akan digandingkan dengan Rooney. Walau siapa pun bermain..dijangka Man U tidak akan ketandusan gol nanti..
disamping itu juga..Antonio Valencia dijangka bakal membuat penampilan setelah berbulan cedera..jadi tugas sukar bagi pertahanan Liverpool kerana Valencia sudah pastinya akan menghantar cross yang bakal menyusahkan mereka.

Apa2 pun dijangka Man U akan menang..dan game tu lak nanti dijangka akan berlangsung dalam suasana tegang..biasala Man U jumpa Liverpool..tak pernah yang tak menarik..

hehehe...


hahahaha...


huhuhuhuh....

Dan dijangka..Man U pasti akan menjuarai EPL buat kali ke 19 musim..dengan baki 1 lagi game..well..kita tengok..

-Mr Jim Aliff Dal-


No comments: