Wednesday 2 March 2011

Perak Vs Harimau Muda A


Mlm semalam berlangsungnya salah satu game liga super malaysia yag ditunggu2 iaitu Perak vs Harimau Muda A bertempat di Stadium Perak, Ipoh.Kedua-dua team ini antara team yang berada dlm performance terbaik ketika ini dgn masing-masing mempunyai tektikal dan corak persembahan yg berbeza. Harimau Muda A mengamalkan corak permainan pantas total football ala2 Barcelona, manakala Perak mengamalkan tektikal hantaran bola terus ke dalam kotak penalti. Kedua-dua pasukan ini menghadapi masalah tersendiri dgn Perak yg kehilangan sebahagian besar barisan pertahanan akibat pergantungan dan juga kecederaan..manakala Harimau Muda pula dalam dilema memilih pemain utama yg terpaksa digilirkan kerana kepadatan jadual perlawanan memandangkan selepas ini mereka akan terbang ke Lahore Pakistan untuk tugasan kelayakan Olimpik.

ULASAN PERLAWANAN

Perlawanan bermula agak perlahan dan kelihatan kedua-dua team masih mencari rentak dan agak berhati-hati dalam merencanakan gerakan. 10 minit pertama, Harimau Muda lebih menguasai bola berbanding pasukan tuan rumah dan hasilnya pada minit ke-11, Harimau Muda berjaya menjaringkan gol pembukaan yg disempurnakan oleh Wan Zack Haikal yg berjaya menewaskan penjaga gol perak,Nasril Nourdin selepas mendapat lorongan cantik dari tgh padang oleh Gurusamy. 'Chip' cantik beliau akhirnya berjaya menewaskan Nasril utk kali kedua bagi musim ini. Boleh dikatakan gol ini berpunca dari kesilapan pertahanan Perak sendiri kerana memberikan terlampau bnyk ruang kepada penyerang Harimau Muda untuk bergerak bebas terutamanya disebelah kiri pertahanan Perak yg digalas oleh Norhazrul Mustapa (menjadi pertahanan bidan terjun kerana posisi asal ialah wingback kanan). Harimau Muda sekai lagi mendapat peluang keemasan utk menjaringkan gol namun ketangkasan Nasril Nourdin berjaya menyelamatkan percubaan tersebut hasil reflect yg pantas. Perak mendapat 2 peluang iaitu melalui tandukan cantik kapten@ Shahrulnizam Mustapa dan juga wing kanan iaitu Isma Alif namun kedua-duanya hanya sipi tersasar. Kesimpulan separuh masa pertama, perlawanan sgt membosankan dan Perak tertekan terutamanya bahagian pertahanan yg di'ayam2kan' oleh penyerang Harimau Muda. 

Separuh masa kedua, senario masih tidak berubah. Tempo perlawanan masih kendur dgn jarang2 sekali dpt melihat percubaan2 ke arah pintu gol. Bola banyak berlegar dikawasan tengah padang. Hantaran2 tidak kemas dilakukan oleh kedua-dua pasukan menjadikan perlawanan semakin boring utk ditonton. Namun keadaan bertukar apabila perlawanan memasuki 20 minit terakhir. Razali Umar Kandasamy dimasukkan menggantikan Syafiq Jamal dan beliau melakukan banyak larian pantas@ offside. Tempo permainan semakin meningkat dan perlawanan menjadi semakin aggresif. Perak semakin garang dan kembali menguasai bahagian tengah padang menjadikan pertahanan Harimau Muda semakin tertekan. Hasilnya pada minit ke-85, melalui satu sepakan percuma, Norhazrul Mustapa berjaya menjaringkan gol pantas bagi menebus kesilapan awal beliau dan seterusnya berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah Perak musim ini.

ULASAN PASUKAN

Mlm ini antara corak permainan terburuk yg disajikan kepada penonton. Perak hanya menguasai 45% penguasaan bola dan percubaan bnyk di janakan oleh midfielder terutama skali kapten. Penyerang Perak kali ini umpama kekeringan idea untuk mencipta ruang serta peluang gol. Hantaran bola antara player juga dibawah tahap sebenarnya. Yg boleh dipuji hanyalah semangat juang yg tinggi untuk mencari gol penyamaan hingga ke minit-mint terakhir.

Harimau Muda pula sgt bijak menggunakan peluang. Barisan yg diturunkan rata-rata bukan player utama. Di khabarkan jumlah pemain untuk pasukan Harimau Muda ini mencecah hingga 78 orang dan sentiasa bersaing satu sama lain untuk merebut kesebelasan utama. Kunci kekuatan Harimau Muda ialah tahap fitnes yg menggila. Sehingga akhir2 perlawanan masih tidak kelihatan riak penat pada player2 Harimau Muda ini. Kredit to Mr Ong Kim Swee. Namun kurangya focus hingga wisel penamat menghukum pasukan ini dari membawa pulang 3 mata penuh. Perlu belajar dari kesilapan ini.




P/S: Pemain terbaik ialah kapitan@ Shahrul Nizam Mustapa. tgk gaya permainan Wan Zack Haikal dah macam Jack Wilshere Arsenal tu..liar dan bertenaga katanya. Style rambut dah seakan2 sama. Jumlah kehadiran mencecah 25000 org penonton.Petanda baik untuk memeriahkan semula liga malaysia.

oleh: Mr Luca

No comments: