Monday, 21 February 2011

game review...PES 2011(Pro Evolution Soccer)


Pro Evolution Soccer 2011....game terbaru yang aku layan sekarang. bagi aku apa yg menarik ttg game ini...akan aku tunjukkan dlm video di bawah ini nanti. PES 2011 ni menampakkan grafik yg lebih 'real'. kebanyakkan pemain yg direka nampak lebih menyerupai watak sebenar. pergerakan makin 'smooth' dan kurang kaku. kita juga akan hasilkan gol2 yg lebih cantik dan lebih teknikal.

cuma utk game ni kita kena lebih alert mengemudi arah sbb apabila kita menukar player..setting game ini tidak terus menuju ke arah yg kita kehendaki.senang cerita umpama kita kena jadi player itu sendiri. 

paling menarik ttg game ini ialah ada version khas iaitu 'malaysia patch'. dalam version ini kita akan dapat mainkan pasukan negara kita sendiri dgn line-up terbaru.anda akan dpt mengemudi safee sali,khairul fahmi ,aidil zakuan serta lain2 pemain. yg lebih bagus tu siap ada liga malaysia.so dptla aku layan team2 liga kita seperti selangor,kelantan dan yg utama team negeri aku la yob..semestinya perak. so moh le kita layan game ni ye.







P/S: aku bg 5 bintang utk game ni kerana ada malaysia version.kredit to mr mazwan pakar it tempat aku yg tlg download and upload game ni utk aku..hehe

oleh: Mr Luca




Ringan-ringankan otak di petang hari...

asyik layan fakta dan info seriuskan..kali ni layan yg tak serius plak...bak kata joker..why so serius?...so layan video ni...THE MOST GAY REFEREE EVER.....


P/S: minta simpangla...jgnla ada raferee kt malaysia mcm ni....

oleh: Mr Luca

Formula Samurai Biru...

sabtu lepas aku beli suratkhabar kosmo di ptg hari..belek punya belek terjumpa satu sisipan di dalam surat khabar kosmo ini berkaitan bola sepak. tajuk sisipin itu ialah REMBAT...(Fuhh mcm tajuk blog ni jugak..hehe banggo teman...huhu)...tetiba aku tertarik dgn satu tajuk iaitu FORMULA SAMURAI BIRU.


baru-baru ini umum tahu kejayaan jepun @ samurai biru ini menjuarai Piala Asia di Qatar dgn mengalahkan Australia di perlawanan akhir yg berkesudahan dgn jaringan 1-0. gol volley cantik oleh Tadanari Lee menghampakan Australia untuk muncul juara. kejayaan ini juga menaikkan ranking Jepun di carta fifa kepada pasukan ke-20 terbaik dunia.bagi aku kejayaan Jepun ini mmg sudah dijangka kerana barisan pemain Jepun yg semakin mendapat tempat di liga-liga utama dunia.senang cerita player Jepun ni umpama goreng pisang panas.murah dan sedap.malah player2 Jepun ini ada yg menjadi barisan utama,perancang utama dan juga boleh digelar mesin pencetak gol. antara player2 Jepun yg sedang membina nama di liga2 eropah ialah seperti Yuto Nagatoma-Inter Milan, Atsuto Uchida-Schalke 04, Shinji Kagawa-Borussia Dortmund, Makoto Hasebe- Vfl Wolfsburg, Shinji Okazaki-Vfb Stuttgart, Keisuke Honda-CSKA Moscow dan yg terbaru ialah Ryo Miyaici-Arsenal. sebelum ini pun Jepun berjaya mengeluarkan pemain2 seperti Hidetoshi Nakata-AS Roma, Juichi Inamoto-Arsenal serta Shinji Ono-Fayernood. lalu aku tertanya mcm mana Jepun boleh mengeluarkan pemain2 mcm ni yg sebelum ni bnyk fakta mengatakan player asia tidak dpt bersaing dgn player dari benua lain terutamanya faktor fizikal.ada fakta mengatakan kejayaan jepun ini adalah hasil dari tindakan mereka yg membangunkan model pembangunan bola sepak berdasarkan satu model seragam secara terancang.


dan akhirnya persoalan ini terjawab dan jawapannya sgt mengejutkan. menurut pengarah tektikal Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) Kohzo Tashima.." kami sebenarnya meniru model pembangunan malaysia setelah gagal pada pra-olimpik 1980".what the hell??????? tersedak aku baca statement ni.pengarah tektikal jepun ini bercakap kepada delegasi FAM iaitu Datuk Dell Akhbar Khan, Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil, Ronald Smith dan juga B.Shatianathan. Malah salah seorang  pegawai jepun membisikkan kepada anggota delegasi itu bahawa transformasi bola sepak jepun juga disuntik menenerusi budaya televisyen iaitu memperkenalkan kartun Captain Tsubasa. ingatkah anda dlu ada satu kartun bola sepak jepun iaitu kickers kt tv kita kan?


termenung aku gak setelah membaca laporan ini.kenapa kita tidak sedar yg negara lain sedang menggunakan kaedah ciptaan kita untuk menaikkan mutu bola sepak mereka?.....jepun hanya mewujudkan liga bolasepak mereka dan berstatus pro hanya pada tahun 1993. adakah perkara ini tidak disedari oleh FAM. pelik aku memikirkan hal ini. umpama FAM meludah ke langit dan jatuh kembali ke muka sendiri hampir 18 tahun lamanya bermula jepun 'mencuri' kaedah yg kita ciptakan pada tahun 1993 itu.


rahsia kejayaan jepun ialah kerancakan liga mereka yg diaturkan cukup tersusun. dari kejohanan utama sehinggala kejohanan ke peringkat daerah dan juga sekolah. bayangkanla di jepun pertandingan akhir kejohanan bola sepak peringkat sekolah menengah boleh diadakan di stadium nasional tokyo dan di buat siaran langsung.ada ke kejohanan mssm di malaysia dibuat siaran langsung????....sikit punya kedekutla nk bagi pakai stadium bukit jalil tu.


P/S: Kita pikir2kanla akan masa depan bola sepak kita. mmg akhir2 ini ada nampak peningkatan dlm pasukan bola sepak negara kita tp kita patut menyesali apa yg kita telah hilang dek kerana kealpaan kita sendiri. aku tutup komentar kali ini dgn video gol kemenangan jepun di piala asia baru2 ini.


terbayang2 penjaring gol ni berbaju kuning belang2 hitam.....

oleh: Mr Luca


Sunday, 20 February 2011

Real Madrid datang Malaysia wehh!!..


Real Madrid vs Malaysia (bulan Ramadhan..)


Real Madrid15

Mengikut maklumat yang diterima..management Real Madrid telah mencadangkan perlawanan persahabatan antara Real Madrid dan Malaysia dalam bulan puasa..walaubagaimanapun, FAM tak lagi confirm kan..tentang perkara ni..dan termasuklah stadium mana yang nak digunakan.
Dengor citernye..orang kuat FAM telah ngaborkan yang juara eropah 9 kali (9 kali ye..) tu berkemungkinan datang time Ramadhan ni arr...(.haa..ko..buat keje ko..ramai nanti missed terawih dowh!!) kot datanglaa..dijangkakan pada 21 Ogos 2011 ni laa..
Tapi dikatakan juga masih lagi agenda tu dalam peringkat perbincangan..tapi worse to worse laa..maybe kita lawan Ronaldo and co. lepas waktu berbuka laa..ye arr..kot cristiano tu kita tau la mmg tak poser kan..tapi..tapi..player kita serta ngan Ozil (Mesut) dan (Karim) Benzema mesti poser...(dengor citer nye..Ozil tu gemor makan karipap sardin..so maybe khairul fahmi nak ajak dia buka kat pasar ramadhan kat sogo tu..pastu kot main kat bukit jalil..diorang gerak la naik LRT..kan senang ..)
Dan pada masa yang sama..satu lagi maklumat...team Malaysia maybe akan friendly lawan Cardiff City..(ala yang 2 orang businessmen Malaysia beli tu.nama dia Tan Sri Vincent Tan dan Chan Tien Ghee)..kot jadi..kita lawan Cardiff City pada 17 Julai.
haa..caya la Malaysia..baru la terel..

apa-apa pun kita tunggu jek la ye...
anyway..perkembangan ni pasti boleh melonjakkan team Malaysia dalam pelbagai cara ..harapnye..
p/s: rambut dah bermacam kaler..but masing2 pun sama gak..harap2..player main pun bior gempak..kalah menang..adat berlawan derr..   tapi yg penting..kalau kalah..cara kalah yang macamane..(bior bermaruah..) baru restectpa!!

-Jim Aliff Dal-

Kelantan Vs T-Team...Malayasia FA Cup...

kali ni tetiba rase nak ulas perlawanan liga tempatan plak. dah 2-3 tahun aku tak berape nak follow liga tempatan tetapi tahun ini rasa bersemangat balik nak mengikuti semula. mungkin jugak akhir2 ni semangat bola sepak negara makin naik selepas kemenangan malaysia di piala AFF Suzuki hari tu.tambah2 lagi aku rasa liga malaysia sekarang dah berwajah baru sejak astro mengambil langkah berani memperkenalkan astro arena channel 801. banyak perubahan yg aku rasa sungguh berani diterapkan dalam liputan bola sepak liga tempatan ni. klu kita lihat EPL...bila game habis baru press jumpa pemain utk temuramah...itu pun di bilik persalinan...tp kali ni astro lg berani. selamba tangkap player yg nak kluar dari padang utk ke bilik persalinan terus temuramah tepi padang je...terbaik la astro!!!. cuma yg kurang ialah dari segi gambar sahaja.mungkin di EPL setiap satu2 game tu ada guna smpi 22 biji kamera...so dptla angle2 yg menarik..tp kat malaysia skrg mau guna sebijik dua je lg.tak pe kita bagi masa lg.kredit to astro!!!.

berbalik kepada perlawanan antara t-team dgn kelantan ni.aku rasa game ni dramatik.lebih kurang mcm game chelsea vs everton smlm.kesudahan game ni kelantan menang sepakan penalti 6-5 ye. chelsea vs everton pun 3-4 je penaltinye.tambah2 lagi game ni dihangatkan oleh mood antara kedua2 penyokong yg diprovok oleh perpindahan 3 tonggak utama kelantan tahun lalu iaitu azizi mat rose, norfarhan dan juga indra putra ke dlm team t-team ini. tempo game ni mmg laju..kedua2 team serang balas tanpa henti. kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol yg cantik pada minit ke-51.flying header oleh Rizal Fahmi dari luar kotak penalti. 


namun t-team tidak cepat mengalah.kembali bersaing dibahagian tgh dan sekali sekala melakukan counter attack pantas...dan hasilnya Indra Putra menghasilkan gol yg lagi cantik pada minit 60. bagi aku gol ni setaraf dgn gol2 di EPL. Skill volley ni aku rasa kne training bertahun2 baru boleh dpt timing cantik mcm ni.



dan akhirnya game ini berlarutan ke sepakan penalti yg dimenangi oleh kelantan. bagi aku game ini klu kita lihat dari tempo dan tektikalnya mmg menarik.cuma mcm aku ckp tdla gambar je yg tak berapa nak cantik. secara keseluruhannya aku nampak skill dan kualiti liga malaysia dah naik. player2 kita skrg dah berani buat aksi2 akrobatik...volley sambil berlari.klu dlu semua team nak main taktik 4-4-2 je tp skrg dah ada team yg berani main sorang striker dalam formasi 4-2-3-1.ini la pengaruh astro sebenarnya dlm meningkatkan perkembangan mutu bola sepak negara.player2 dan jurulatih2 di malaysia dah terdedah dgn taktikal2 dari team2 luar yg dpt kita lihat setiap hujung minggu seperti EPL.

jadi teruskanlah menyokong liga tempatan..jgn hanya menyokong liga luar.tak rugi pun bil astro tu klu kita tgk game2 liga tempatan. klu tak sokong siapa lg nak sokong kan?...

P/S: perasan kah anda?..sejak liga kita tidak membenarkan player import bermain...mutu permainan makin meningkat terutamanya player2 yg mewakili pasukan negara.terutamanya bahagian serangan.dan perasan kah anda sejak itu juga kita dah menang 2 kejuaraan di peringkat rantau asean....pikir-pikirkan?

oleh: Mr Luca

Saturday, 19 February 2011

Beckham kau hancurkan hidupku....





AZRUL AMRI BIN BURHAN
No. Lesen: FAMP020PK
No. K/P: 751101-08-6067
Tarikh Lahir: 01.11.1975
Tempat lahir: Tapah, Perak
Mewakili Perak: 1997
Pasukan asal: Kuala Lumpur
He is arguably the closest we have to former legend Azizul Abu Hanifah. He has tremendous skills on the ball and has excellent vision. On his days, he can singlehandedly turn the game around from a brink of defeat to a draw or from a draw to a victory.Unfortunately, he's been trouble by a knee injury suffered during a playing tour in France under Claude Le Roy team which was caused from a very bad tackle from behind by Gary Neville and a front collision with David Beckham. Apart from injury he was also plague by his lack of fitness in recent years since he joined Perak. Looking at current pre-season training and friendly matches, he looks much fitter and stronger than where he left off last year. What seems more encouraging this season is that he is able to finish off quite a number of friendly games full 90 minutes, something that he seldom does last season. He is the team main kick takers as he is responsible for freekicks, right-side corners and sometimes penalties.


Anda kenal pemain diatas?...beliau ialah Azrul Amri Burhan yg pernah mewakili Kuala Lumpur dan juga Perak. Apa yg menarik ttg player ini ialah beliau hampir memecahkan rekod perpindahan pemain malaysia...kiranya boleh dianggap sebagai permindahan saga la jugak. pernah mendapat tawaran RM 1 Juta daripada kelab FC Montpellier namun permindahan itu tidak berjaya disaat2 akhir kerana mengalami kecederaan teruk di kejohanan Toulon Tournament di France pada tahun 1995. ketika itu beliau bersama pasukan malaysia sedang bermain dibawah kendalian Claude Le Roy menentang England. yg lebih tragis kecederaan itu berpunca dari bentesan oleh Gary Neville dan juga David Beckham. Pemain ini mempunyai skill dribling yg power. bg aku gaya permainan azrul amri burhan ni lebih kurang mcm harry kewell zaman dkt leeds united dulu. 


P/S: tak sangka power gak player malaysia smpi neville dgn beckham terpaksa melakukan tackle keras nk 'bunuh' playmaker malaysia ni. tp kt mana la skrg azrul amri burhan ni kan?



"yes mati sudah itu player malaysia".


"Good job Neville.....well done".


oleh: Mr Luca

Friday, 18 February 2011

Game Manager Part 1....




kali ini aku nak menceritakan mengenai game manager.....kalau sebelum ini post2 semua berkaitan dunia bola sepak..kali ini kita review dunia bola sepak maya@virtual plak. Anda pernah bermain game manager?...aku boleh dikatakan sgt addict dgn game ni. cuma kesibukan bekerja akhir2 ni membataskan aku nak main game ini. mula bermain game manager semasa zaman study di kolej dahulu bersama2 rakan yg sekepala. boleh dikatakan game2 manager ni macam fenomena luarbiasa la dlm hidup aku...dah mcm fenomena akademi fantasia melanda dunia hiburan malaysia gitu. sehingga sanggup berebut blk awal ke rumah sewa untuk berebut komputer semata2 nk main game ni. terdetik nk main game ni apabila mendengar perbualan 2 org member aku bercerita pasal Gabriel Batistuta masuk Inter Milan?..haish bile plak Batistuta masuk inter..setau aku die main dgn As Roma...jenuhla aku cari paper kot2 ade cerita perpindahan Batistuta ini..rupe2nya semua itu hanyalah dlm game manager. Game manager yg paling lama aku main ialah Champions Manager season 2000/2001


ini la game plg lama aku main dan boleh dikiranya sgt memberi impak kepada aku dan member2. bagi game utk season ini masih tidak ada nama2 besar seperti Messi, Cristiano Ronaldo atau pun Fernando Torres. ketika ini nama2 besar antaranya ialah Henry, Del Piero, Nedved, Ronaldo Gemok, dan juga Ruud Van Nistelroy.ketika ini juga terdapat nama2 yg tidak begitu familiar tetapi sgt power dan berbaloi utk dibeli seperti player2 sweden, antaranya ialah Stefan Selakovic dan Teddy Lucic, Arjen Robben, Mateja Kezman(player bermuka mcm x-gitaris limp bizkit:monkeys) dan ramai lg.pelbagai kenangan manis,kelakor,pelik,bingung dan mcm2 lagila sepanjang penglibatan aku dan rakan2 bermain game ini. antaranya ialah:

* memberku bernama cha-are yg ketika itu sdg mengendali pasukan Perugia di dalam liga Seria A Italy mengalami krisis dgn Luca Saudati yg mahu berhijrah ke kelab lain. akhirnya setelah tidak dpt menghalang Saudati dr berpindah kelab, memberku ini menukarkan nama Saudati di bhgn 'edit name' kepada 'si curang' sbgi tanda kekecewaannya. namun selepas beberapa musim selepas itu berlaku satu kejadian yg tak diduga. ketika menentang satu pasukan di dalam Seria A...pintu gol pasukan member aku ni di bolosi oleh seorang striker yg agak pelik namanya lalu menjerit...'HOIH...SPE SI CURANG NI...?'...hehe bende ko yg tukar nama tu tak ingat ke.rupa2nya si Saudati ni dh bertukar kelab.

*memberku si cha-are ni sekali lg mengalami krisis perpindahan pemain semasa mengendalikan Bayern Leverkusen(nmpk sgt ko ni tak reti jaga player...huhu). kali ini kes dgn Michael Ballack yg bakal berpindah ke Real Madrid melalui bosman rolling(fasa perpindahan permain secara percuma dlm tempoh 6 bulan terakhir baki kontrak seseorang player dgn sesebuah kelab). member aku ni mencuba satu teknik gila bg menghalang perpindahan ini dgn menyenaraikan Ballack dlm semua game yg dilalui wlpn ketika itu Ballack masih cedera. sehingga satu tahap condition Ballack hanya tinggal 30% sahaja pun masih diturunkan. hasilnya Ballack injured 6 bulan dan perpindahan ke Real Madrid pun gagal kerana Ballack fail medical test. hahaha gile terdesak ko ni cha-are..haha

*memberku bernama ben soffian@hisham soffian yg ketika itu mengendalikan Barcelona amat bengang dgn pasukannya kerana tidak mengikut strategi yg diaturkan...(gile emo ko ni...haha). dek kerana tidak dpt mengawal marah maka memberku ini menerapkan satu formasi gila tak penah dibuat org iaitu 5-5-1. formasi ini menerapkan tektik yg mana dibahagian tengah langsung tiada player.semua player diletakkan diatas garisan out.so secara logiknya dibhgn tengah terus kosong dan yg tinggal hanya keeper sahaja.yg lain2 tidak dpt bergerak kerana di'kaku'kan di atas garisan out.maka hasilnya terus kene titik 11-0 seraya melihat aku dan berkata...PUAS HATI AKU....HAHA(psycho gile ko ni sham)

*rakanku bernama lokman@alok yg sgt mempunyai semangat kenegaraan yg tinggi sanggup mengambil risiko membeli Norhafiz Zamani Misbah dr Negeri Sembilan utk mengisi kekosongan bek kanan Inter Milan( mmg agak pelik  tindakan ko ni alok). maka hasilnya setiap kali Inter Milan bolos..gol2 adalah berpunca dr bahagian kanan...haha..tu pun boleh buat muka yakin seraya berkata 'PEMBELIAN AKU NI BERBALOI'.

*Member aku lokman@alok memecah rekod perpindahan pemain yg aku rasa smpi ke saat ini masih tidak dpt dipecahkan oleh mana2 rakan2 aku termasuk aku sekali. Alok berjaya menjual Patrick Viera yg dibeli dr Arsenal sblm itu kepada Real Madrid dgn rekod perpindahan saga GBP 96 Juta. Ketika ini Alok sedang mengendalikan pasukan Inter Milan.Hasilnya dgn jumlah kekayaan yg melimpah ruah itu alok berjaya membawa bintang2 dunia menyertai Inter Milan.Bayangkan Ronaldinho tu hanya mampu menjadi simpanan tetap@ pasukan kedua Inter Milan sahaja.

*aku juga menjumpai teknik yg agak tricky dlm menjadikan dana pembelian pemain lebih besar. senang sahaja caranya iaitu..pergi ke bhgn add manager dan anda apply menjadi 2nd manager pada satu masa. hasilnya aku jadi manager Arsenal dan Valencia pada satu masa. kemudian aku letak Juichi Inamoto dlm transfer list dgn harga GBP 22 Juta dan kemudiannya 'klik' ke manager Valencia dan terus membeli Juichi Inamoto. Agak2 logik ke Juichi Inamoto value smpi GBP 22 Juta?

* Memberku lokman@alok sedang mengendalikan Inter Milan bg musim yg ke-13 dan tiba2 terdetik untuk 'search' dimana Van Nistelroy sedang bermain. Hasilnya Nistelroy dah jadi keeper utk satu kelab di belanda...hahaha gilos!!!(sebenarnye game tu nk suruh ko berenti main la tu lokman oi..tak reti2 nk stop ke dah smpi 13 musim ni)

*aku jugak penah alami pengalaman seram kerana dek leka bermain manager ni. ketika berada dirumah abgku dan ketika itu jam menunjukkan jam 2 pg aku masih leka mengendalikan Newcastle United lalu terdengar bunyi2 yg menyeramkan..namun aku buat dek je disbbkan tgh naik sheikh main manager ni.hasilnya utk julung kalinya mlm tu aku kne tindih time tdo.(mungkin mahkluk halus tu hangin dgn aku kot..penat dia menyakat, aku dok layan game ni lagi...haish)

Dan bnyk lagi kenangan2 yg tak boleh dilupakan sepanjang penglibatan bermain game ni. bagi aku game ni bagus kepada individu yg meminati dunia bola sepak. aku rasa klu bola sepak dimalaysia ni dah jadi industri...aku leh apply jadi scout. disbbkan pengaruh game ni aku boleh kenal pasti mana2 player...sebut sahaja nama..aku boleh bgtau negara asal player tersebut malah smpi tahap tahu seseorang player tu ada berapa kerakyatan. bagi yg suka bermain fantasy football tu mainla game ni dlu sbb anda akan didedahkan dgn asas2 formasi dan tektikal dlm bola sepak.

P/S: Tahukah anda terdapat 7 org player kewargenegaraan Malaysia yg sedang bermain di liga profesional di luar negara. seorang di liga Australia, seorang di liga jepun, 3 org di liga Inggeris, seorang di liga scotland dan seorang di liga belanda.

oleh: Mr Luca







Perkara disebalik kejayaan Malaysia di Piala AFF Suzuki baru-baru ini....



ade perkara2 yg tidak diketahui umum ttg kejayaan pasukan negara kita di Piala AFF Suzuki baru-baru ini. namun rahsia itu telah berjaya di kupas....layan....!!!



patutla kapten indonesia sepak penalti tak masuk...keeper malaysia ada 'membele' rupenye...hoho


fitnah terbesar diabad ini.....keeper indonesia mendakwa terkena pancaran laser dari penyokong Malaysia...namun ini yg terjadi sebenarnya.....angkara ultraman taro..demm......


bola-bola jugak..fesyen kne follow ma!!!...patutla player Malaysia rileks je kne pancaran laser waktu game kt stadium bung karno.


udoh takdir indonesia mmg nk kalah dgn kita kan?....ha! ni paul yg ckp ok?..teman tak cakap..haha..yg ni jgn caya sgt nnt syirik jadinya..

apa-apa pun teruskan menyokong pasukan bolasepak kebangsaan kita.....kuatnya penyokong berdiri dibelakang pasukan..kuat jugalah pasukan itu nanti.....pikir-pikirkan

oleh: Mr Luca






Die Hard Fans pasukan Perak...sokong hingga mati...


Ini la salah seorang penyokong sejati pasukan Perak yg sgt digeruni sehingga teman dikabokan peminat ini mendapat season pas lg untuk perlawanan2 yg melibatkan negeri Perak. Takkala semua penyokong menyanyikan lagu 'IPOH MALI TALAK SOMBONG'...beliau pula menyanyikan lagu 'enjit-enjit semut'.


Ini lah org yg dimaksudkan..ekekeke...;P



oleh: Mr Luca






Tips menanduk bola...(heading!!)..by Coach Jabir Pellergrow


"camne ek, nak tanduk bola, saya main sebagai striker laa..coach..tapi bila tang corner ke..bola cross ke..mesti saya gagal la.."..Hamid Crouch..via email


Kehadapan en hamid...owh..gitu..senang jek tu..mula - mula ..bila kita nak menanduk bola ke gawang gol tu..first sekali..timing..(jangkaan masa)..pastu power (kekuatan lompatan kita dan tandukan kita)..dan lepas tu..teknik kita...(cara tandukan kita tu..haa..nak tandukan tajam ke..tandukan loop ke..ke kiri ke..ke kanan ke..)





mula sekali..pastikan masa bola tu tiba..kita mesti paling lompat lebih tinggi dari defend yang jaga kita tu...haa..baru jadi..
kita juga mesti gunakan tangan kita untuk menghalang pemain defend dari menolak kita masa perebutan bola tu..make sure jangan sampai foul ye..(time ni..defend pasti akan gunakan tangan diorang untuk jatuhkan striker..so..careful kat sini k..)

tips masa latihan


macam yang saya biasa train player2 saya..(boleh rujuk gambar atas)..atau kita praktis ngan kengkawan kita..
cara nye..jarakkan diri kita kurangnye 8 kaki dari kawan kita tadi..suruh dia cross bola pada kita..cuba lompat dan heading bola semula pada kawan kita..(rahsianye..mata mesti dibuka..takleh tutup.ini supaya kita sentiasa fokus pada target tandukan kita .)
kemudian..suruh dia cross semula tapi kali ni..caranya kita buat diving header lak..haa...kita buat praktis ni sampai lebam..(kau buat le dalam 10 kali..ok la tu..)




tip dari Pele..
tanduk dengan mata anda dibuka..lepas tu banyakkan praktis..baru la pandai..






tahukah anda.....
perangkaan yg dikeluarkan oleh (OPTA), ...jumlah percent tandukan gol dihasilkan pada EPL (English Premier League) musim lepas... adalah sebanyak..37.9%
 ..renungkan..