Monday 21 February 2011

Formula Samurai Biru...

sabtu lepas aku beli suratkhabar kosmo di ptg hari..belek punya belek terjumpa satu sisipan di dalam surat khabar kosmo ini berkaitan bola sepak. tajuk sisipin itu ialah REMBAT...(Fuhh mcm tajuk blog ni jugak..hehe banggo teman...huhu)...tetiba aku tertarik dgn satu tajuk iaitu FORMULA SAMURAI BIRU.


baru-baru ini umum tahu kejayaan jepun @ samurai biru ini menjuarai Piala Asia di Qatar dgn mengalahkan Australia di perlawanan akhir yg berkesudahan dgn jaringan 1-0. gol volley cantik oleh Tadanari Lee menghampakan Australia untuk muncul juara. kejayaan ini juga menaikkan ranking Jepun di carta fifa kepada pasukan ke-20 terbaik dunia.bagi aku kejayaan Jepun ini mmg sudah dijangka kerana barisan pemain Jepun yg semakin mendapat tempat di liga-liga utama dunia.senang cerita player Jepun ni umpama goreng pisang panas.murah dan sedap.malah player2 Jepun ini ada yg menjadi barisan utama,perancang utama dan juga boleh digelar mesin pencetak gol. antara player2 Jepun yg sedang membina nama di liga2 eropah ialah seperti Yuto Nagatoma-Inter Milan, Atsuto Uchida-Schalke 04, Shinji Kagawa-Borussia Dortmund, Makoto Hasebe- Vfl Wolfsburg, Shinji Okazaki-Vfb Stuttgart, Keisuke Honda-CSKA Moscow dan yg terbaru ialah Ryo Miyaici-Arsenal. sebelum ini pun Jepun berjaya mengeluarkan pemain2 seperti Hidetoshi Nakata-AS Roma, Juichi Inamoto-Arsenal serta Shinji Ono-Fayernood. lalu aku tertanya mcm mana Jepun boleh mengeluarkan pemain2 mcm ni yg sebelum ni bnyk fakta mengatakan player asia tidak dpt bersaing dgn player dari benua lain terutamanya faktor fizikal.ada fakta mengatakan kejayaan jepun ini adalah hasil dari tindakan mereka yg membangunkan model pembangunan bola sepak berdasarkan satu model seragam secara terancang.


dan akhirnya persoalan ini terjawab dan jawapannya sgt mengejutkan. menurut pengarah tektikal Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) Kohzo Tashima.." kami sebenarnya meniru model pembangunan malaysia setelah gagal pada pra-olimpik 1980".what the hell??????? tersedak aku baca statement ni.pengarah tektikal jepun ini bercakap kepada delegasi FAM iaitu Datuk Dell Akhbar Khan, Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil, Ronald Smith dan juga B.Shatianathan. Malah salah seorang  pegawai jepun membisikkan kepada anggota delegasi itu bahawa transformasi bola sepak jepun juga disuntik menenerusi budaya televisyen iaitu memperkenalkan kartun Captain Tsubasa. ingatkah anda dlu ada satu kartun bola sepak jepun iaitu kickers kt tv kita kan?


termenung aku gak setelah membaca laporan ini.kenapa kita tidak sedar yg negara lain sedang menggunakan kaedah ciptaan kita untuk menaikkan mutu bola sepak mereka?.....jepun hanya mewujudkan liga bolasepak mereka dan berstatus pro hanya pada tahun 1993. adakah perkara ini tidak disedari oleh FAM. pelik aku memikirkan hal ini. umpama FAM meludah ke langit dan jatuh kembali ke muka sendiri hampir 18 tahun lamanya bermula jepun 'mencuri' kaedah yg kita ciptakan pada tahun 1993 itu.


rahsia kejayaan jepun ialah kerancakan liga mereka yg diaturkan cukup tersusun. dari kejohanan utama sehinggala kejohanan ke peringkat daerah dan juga sekolah. bayangkanla di jepun pertandingan akhir kejohanan bola sepak peringkat sekolah menengah boleh diadakan di stadium nasional tokyo dan di buat siaran langsung.ada ke kejohanan mssm di malaysia dibuat siaran langsung????....sikit punya kedekutla nk bagi pakai stadium bukit jalil tu.


P/S: Kita pikir2kanla akan masa depan bola sepak kita. mmg akhir2 ini ada nampak peningkatan dlm pasukan bola sepak negara kita tp kita patut menyesali apa yg kita telah hilang dek kerana kealpaan kita sendiri. aku tutup komentar kali ini dgn video gol kemenangan jepun di piala asia baru2 ini.


terbayang2 penjaring gol ni berbaju kuning belang2 hitam.....

oleh: Mr Luca


No comments: