Sunday 20 February 2011

Kelantan Vs T-Team...Malayasia FA Cup...

kali ni tetiba rase nak ulas perlawanan liga tempatan plak. dah 2-3 tahun aku tak berape nak follow liga tempatan tetapi tahun ini rasa bersemangat balik nak mengikuti semula. mungkin jugak akhir2 ni semangat bola sepak negara makin naik selepas kemenangan malaysia di piala AFF Suzuki hari tu.tambah2 lagi aku rasa liga malaysia sekarang dah berwajah baru sejak astro mengambil langkah berani memperkenalkan astro arena channel 801. banyak perubahan yg aku rasa sungguh berani diterapkan dalam liputan bola sepak liga tempatan ni. klu kita lihat EPL...bila game habis baru press jumpa pemain utk temuramah...itu pun di bilik persalinan...tp kali ni astro lg berani. selamba tangkap player yg nak kluar dari padang utk ke bilik persalinan terus temuramah tepi padang je...terbaik la astro!!!. cuma yg kurang ialah dari segi gambar sahaja.mungkin di EPL setiap satu2 game tu ada guna smpi 22 biji kamera...so dptla angle2 yg menarik..tp kat malaysia skrg mau guna sebijik dua je lg.tak pe kita bagi masa lg.kredit to astro!!!.

berbalik kepada perlawanan antara t-team dgn kelantan ni.aku rasa game ni dramatik.lebih kurang mcm game chelsea vs everton smlm.kesudahan game ni kelantan menang sepakan penalti 6-5 ye. chelsea vs everton pun 3-4 je penaltinye.tambah2 lagi game ni dihangatkan oleh mood antara kedua2 penyokong yg diprovok oleh perpindahan 3 tonggak utama kelantan tahun lalu iaitu azizi mat rose, norfarhan dan juga indra putra ke dlm team t-team ini. tempo game ni mmg laju..kedua2 team serang balas tanpa henti. kelantan terlebih dahulu menjaringkan gol yg cantik pada minit ke-51.flying header oleh Rizal Fahmi dari luar kotak penalti. 


namun t-team tidak cepat mengalah.kembali bersaing dibahagian tgh dan sekali sekala melakukan counter attack pantas...dan hasilnya Indra Putra menghasilkan gol yg lagi cantik pada minit 60. bagi aku gol ni setaraf dgn gol2 di EPL. Skill volley ni aku rasa kne training bertahun2 baru boleh dpt timing cantik mcm ni.



dan akhirnya game ini berlarutan ke sepakan penalti yg dimenangi oleh kelantan. bagi aku game ini klu kita lihat dari tempo dan tektikalnya mmg menarik.cuma mcm aku ckp tdla gambar je yg tak berapa nak cantik. secara keseluruhannya aku nampak skill dan kualiti liga malaysia dah naik. player2 kita skrg dah berani buat aksi2 akrobatik...volley sambil berlari.klu dlu semua team nak main taktik 4-4-2 je tp skrg dah ada team yg berani main sorang striker dalam formasi 4-2-3-1.ini la pengaruh astro sebenarnya dlm meningkatkan perkembangan mutu bola sepak negara.player2 dan jurulatih2 di malaysia dah terdedah dgn taktikal2 dari team2 luar yg dpt kita lihat setiap hujung minggu seperti EPL.

jadi teruskanlah menyokong liga tempatan..jgn hanya menyokong liga luar.tak rugi pun bil astro tu klu kita tgk game2 liga tempatan. klu tak sokong siapa lg nak sokong kan?...

P/S: perasan kah anda?..sejak liga kita tidak membenarkan player import bermain...mutu permainan makin meningkat terutamanya player2 yg mewakili pasukan negara.terutamanya bahagian serangan.dan perasan kah anda sejak itu juga kita dah menang 2 kejuaraan di peringkat rantau asean....pikir-pikirkan?

oleh: Mr Luca

No comments: