Friday 25 February 2011

most popular transfer player for this season...

mari kita menyorot seketika antara perpindahan paling famous untuk musim 2010/2011 serta impak perpindahan tersebut.

                                                    1) Fernando Torres
                              Liverpool ke Chelsea - GBP 58 JUTA


Impak:   setakat ini Torres masih belum menampakkan impak positif terhadap corak serangan Chelsea. masih belum menjaringkan gol dalam sebarang pertandingan samaada di England ataupun Uefa Champions League. mengakibatkan krisis pemilihan penyerang yang menyebabkan Drogba menghuni bangku simpanan dan menguatkan lagi spekulasi akan perpindahan Drogba ke Real Madrid mengikuti mentornya iaitu Jose Mourinho. impak paling ketara ialah berlakunya pembakaran terbuka di bandar Liverpool (sesi membakar jersey Torres)      


2) Andy Carrol
Newcastle United ke Liverpool- GBP 40 JUTA


Impak: masih tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan lutut. berdasarkan style of play pemain ini bermungkinan besar dapat memberi impak yang positif kerana amat bagus di udara dan bersesuaian dengan taktikal Liverpool yang suka menghantar bola terus ke dalam kotak penalti . impak paling ketara ialah bertambahnya penjualan jersey no.9 yang dikhuatiri menjadi kebencian kepada peminat Liverpool kerana Torres menggunakan nombor tersebut sebelum ini.


3) Edin Dzeko
Vfl Wolsfburg ke Manchester City-GBP 32 JUTA


Impak: kerap diturunkan akhir-akhir ini oleh Manchini dan memberi impak positif kerana banyak terlibat dalam merancang gol-gol Manchester City. hebat diudara dan juga gemar melakukan volley adalah senjata berbahaya Edin Dzeko. impak ketara ialah menambahkan senarai pemain 'hantu galah' dalam pasukan manchester city yang mempunyai ramai pemain yang tinggi seperti Adebayor, Jo, dan juga Yaya Toure. Edin Dzeko berketinggian 1.93 meter. 


4) Darrent Bent
Sunderland ke Aston Villa-GBP 28 JUTA


Impak: menghasilkan gol pertama di penampilan pertama untuk pasukan Aston Villa melegekan seketika pengurusan The Villa tentang ketumpulan jentera serangan. Impak ketara ialah terus dipanggil menyarung jersey England dalam perlawanan persahabatan menentang Denmark dan sekali lagi meneruskan kecermelangan dengan menjaringkan salah satu gol england yang berkesudahan, England menang 2-1 ke atas Denmark.


5) Luis Suarez
Ajax Armsterdam ke Liverpool-GBP 26.5 JUTA


Impak: setakat ini berjaya membawa impak mengejutkan kerana berjaya menjaringkan gol di penampilan pertama diatas padang ketika masuk sebagai pemain gantian. Impak ketara ialah menjadikan serangan liverpool lebih bervariasi dengan kegemaran Suarez untuk memegang bola dan melakukan kelecekan terlebih dahulu sebelum mencari ruang untuk menjaringkan gol.


6) David Luiz
Benfica ke Chelsea- GBP 25 JUTA


Impak: digelar pembelian terbaik selepas Drogba menjadikan David Luiz pilihan terbaik selepas pemergian Ricardo Carvalho ke Real Madrid. gaya permainan kental yang ditunjukkan menampakkan persefahaman baik bersama John Terry di bahagian pertahanan tengah chelsea. Impak ketara ialah mengakibatkan permain pertahanan lain mula merajok dan ingin berpindah kelab seperti Jose Bosigwa dan juga Yuri Zhirkov selain menambahkan jumlah utang chelsea.


7) Safee Sali
Selangor ke Pelita jaya- gaji bulanan 30K, Kereta Alphard sebiji dan juga seorang driver.


Impak: perpindahan saga di asia tenggara yang menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini.  Safee Sali masih di dalam fasa latihan dan juga cuba untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan dalam usaha menyelamatkan Pelita Jaya tersingkar dari liga utama indonesia. Impak ketara ialah meningkatkan jumlah pelancong ke bandung kerana semua berebut-rebut ingin melihat Safee Sali dari dekat.selain itu safee sali sudah bisa ngomong bahasa indonesia...HAHAHA :P


Oleh : Mr Luca















No comments: