Tuesday 22 February 2011

kebangkitan sang seladang@perak..

kali ni aku nk kupas ttg kebangkitan skuad perak@kejor yob kejor@kpg pisang fc dalam kancah liga malaysia tahun ini. setelah hampir 3 tahun menyepi dek kerana pelbagai masalah dalaman sehingga mengakibatkan majoriti besar penghijraan keluar pemain2 bintang seperti indra putra, khalid jamlus, fakhri shaarani, norshahrul idlan talaha dan ramai lagi.


memandangkan nak mengulas pasal team perak ni....ate teman pun pki bahasa perok la ye.bukan english education mcm si usop tu.tahun ni teman nengok kerangka team makin kukuh. kembalinya player2 lama ke pangkuan team amat melegakan. kemasukan semula shahrul nizam mustafa dr kedah menjadikan beliau sbgi kapten@kapitan utk mengemudi barisan tgh.di sokong oleh midfield bertahan..si hantu galah nanthakumar..bukan hantu kak limah ataupun hantu kopek ye.malah diperkuatkan lg oleh 2 nama besar penyerang berasal dari kedah iaitu akmal@henry dan juga syafiq jamal. tambah2 lg si jali@adebayor perak dah form balik...so memberi kepelbagaian kpd coach iaitu cikgu jan utk mempelbagaikan corak serangan.


tp kunci kekuatan setakat ini adalah barisan pertahanan yg semakin matang teman nengok akhir2 ini.cukup susah nk lepas si khairi tabligh tu...(berkat berdoa panjang kot sblm game start).teman jugak perasan yg player2 tahun ni punyai karakter tersendiri antaranya:


akmal: wlpn 1st season udoh cpt serasi dgn player2 sediada.


syafiq jamal: backup striker yg sentiasa menunggu peluang apabila dtgnya bola2 rebound...trus die merembat umpama peluru bak kata hasbullah awang.


jali: baru training 2 minggu tp dah skor sbijik waktu lawan PDRM.mmg secocokla gelarannya...adebayor perak.skill penyudah masih tajam.


shahrulnizam@kapitan: ni teman tak tau nak komen ape dah..mmg terbaikla. pandai rancang serangan...hantaran yg mengelirukan dicelah2 player lawan..dan sering longshot..pendek cite tunggu jela pakcik wenger lamar die ni.


khairi: defend kebal yg sgt tawaduk..mayb striker lawan takut dgn janggutnya yg panjang dan lebat itu hingga tak berani nak dtg dekat.


nazri kamal: ni wings baru perak.teman rase setakat ni die la plg berdesup atas padang...kaloh time husin lari waktu kne jerekah dgn kak limah.beliau juga digelar kinta express.


firasat temanla tahun ni perak bakal menggegar semula...xpe teman sanggup berabih g stadium janji puas hati.


sedikit statistik pasukan perak:


liga super


vs kual lumpur: seri 1-1
vs johor fc: menang 1-0
vs negeri sembilan: menang 2-0
vs kedah: seri 0-0


fa cup


vs PDRM: menang 4-1


jumlah perlawanan: 5
menang: 3
seri: 2
kalah: masih kebal..sama dgn kelantan masih belum kalah.
jumlah jaringan: 8
jumlah bolos:2
 penjaring gol:
akmal-3 biji
syafiq-2 biji
kapitan-2 biji
jali-1biji


perak vs negeri sembilan...cantik gol akmal ni..udoh mcm gol EPL




perak kenduri gol.....

P/S: compom teman g nengok game perak klu main kt stadium cheras...ate udoh opis sebelah stadium..jln kaki pun sampe...

oleh: Mr Luca



No comments: